Saturday, 17 August 2013

Siapakah Orang Yang Berjaya?


23:1
23:2
23:3
23:4
23:5
23:6
23:7
23:8
23:9
23:10
23:11

itu ini begitu begini,  beza persepsi di sana sini,
cara dia dan cara mereka, masing-masing punya citarasa,

pelbagai buku dijual dengan pelbagai isi yang merupakan resipi untuk menuju kejayaan turut di failkan bersama, pelbagai rujukan diselongkar semata-mata mencari secebis resipi yang mengajar bagaimana untuk berjaya, tapi apakah kejayaan yang kita kecapi itu benar-benar adalah suatu "kejayaan" yang sebenarnya? Allah dan rasulnya lebih mengetahui. kerana kejayaan ini scope nye luas, sekalipun orang lain memandang itu suatu kegagalan, tetapi ada yang melihat itu suatu titik tolak kepada kejayaan, saya bukan ahli untuk menyatakan perihal ilmu, bukan menunding jari menunjukkan silap, tetapi menambah bahan ke dalam resipi yang kurang, berdasarkan buku resipi yang dah diwarisi sejak lebih 1400 tahun yang lalu, yang masih terpelihara, yang dijamin terjaga, yang diberikan oleh Yang Maha Bijaksana, Yang Pemurah lagi Maha Kaya, inilah merupakan asas kejayaan yang sebenar sebelum resipi ini dikembangkan, dipecahkan kepada pecahan yang kecil, yang lebih mendalam, yang lebih focus kepada sesuatu teknik kejayaan berdasarkan bidang masing-masing, inilah batu asasnya sebelum menjadi parang dan pelbagai barang untuk mencipta sesebuah rencah kejayaan. sememangnya ini adalah pandangan semata-mata dari seorang yang bukan ahli, bukan arifin billah tetapi semoga memberi secebis dari percikan api bagi menyuluh, dengan harapan membuka mata hati dan minda bagi melihat dan menyelongkar ilmu dari pemilik seluruh lapangan ilmu. dan bagi memberi secebis harapan kepada yang telah berputus-asa, kerana saya juga boleh digolongkan dalam golongan orang-orang yang sering menghadapi kegagalan.

jadi, berbalik kepada tujuan utama kita, apakah resipi asas untuk mencipta kejayaan?
maka aku teringat bahawa mutawir aku membacakan surah Al-Mu'minun, menceritakan ciri-ciri orang yang berjaya, waktu tu kami dalam perjalanan pulang, tapi aku terlupa nama dia, ahaha, dan apakah terjemahnya?

01 maka berjayalah orang yang beriman
02 yang khusyuk dalam solatnya
03 dan yang menjauhi yang melalaikan (sia-sia)
04 dan yang mengerjakan zakat
05 dan yang menjaga kehormatannya
06 melainkan ke atas isteri mereka dan yang selayaknya (hamba sahaya),
     maka mereka tiada tercela
07 maka sesiapa yang melihat (mencari) melebihi yang demikian,
     mereka adalah orang yang melampaui batasan
08 dan yang menunaikan amanah dan janji mereka
09 dan mereka yang tetap memelihara solat mereka
10 merekalah yang berhak mewarisi (pewaris)
11 yang mewarisi Firdaus (syurga tertinggi) mereka (tinggal) di dalamnya selamanya

dan sesungguhnya kejayaan dan kegagalan itu hanya pada pandangan mata manusia, mereka melihat engkau gagal tetapi apabila engkau mendapat sesuatu dari kegagalan itu, maka engkau sebenarnya sedang mencipta kejayaan, dan lebih memahami keadaan sebenar tentang maksud kejayaan itu. namun, kejayaan pada sisi Allah telah Allah nyatakan dengan ringkas dalam dalam al-Quran, dalam Surah al-Mu'minun antaranya, (yang aku tahu),

kepada mujahidin di seluruh dunia, dan seluruh orang yang beriman, ingatlah, jangan kamu menyangka syuhada' itu mati sedangkan Allah memberi rezeki kepada setiap mereka, dan mereka tetap hidup sedang kamu tidak mengetahui, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Allah tak membebani sesiapa melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka, setiap sesuatu ada maharnya, bahkan Allah membeli diri, keluarga dan harta mereka dan memberi mereka syurga sebagai balasan, inilah kenapa mereka (kafir harbi) takut sekiranya muslim bersolat lima waktu seperti solah jumaat, kerana muslim ketika itu (yang lepas dan akan datang) telah memenuhi syarat orang-orang yang berjaya, yang mencapai kejayaan dari sisi Allah, syarat yang terakhir disenaraikan iaitu, "tetap menjaga solat mereka", pasti masa itu akan tiba, sekarang kitalah makanan, nanti pasti akan datang saat yang dijanjikan, kebangkitan pihak muslimin, dengan bangkitnya pemimpin yang dijanjikan, yang membawa kebenaran, dari arah kebenaran ke arah kebenaran,

dan setiap tulisan aku bukanlah nasihat, bukanlah menunjukkan jalan tapi hanya luahan hati, dari hati yang mati, kerana aku tak mampu melakukan apa yang aku perkatakan, kerana aku hanyalah lelaki yang tidak berjuang, yang melarikan diri dari perjuangan, yang hanya mampu berdiam diri dari jalan Allah, dari tali Allah, dan aku takut menanggung apa yang aku sebarkan, maka aku hanya menulis untuk diri sendiri, hanya bezanya, aku mendedahkan apa yang aku tulis untuk diri sendiri sebagai bahan bacaan kepada orang ramai, dengan harapan memberi secebis inspirasi, kekuatan, kesedaran, untuk mereka yang lemah menjadi lebih bermotivasi, yang sedih menjadi ceria, yang muda tidak lupa, yang tua kembali muda, bersemangat, semoga Islam kembali aneh, dan semoga yang aneh itu, kembali ramai dan kembali kuat, sesungguhnya Islam itu pada awalnya datang dalam keadaan aneh, dan nanti pada akhirnya akan kembali aneh, maka beruntunglah mereka, pihak yang aneh,

dalam perkataanku tiada kesimpulan, tiada ringkasan, hanya akal kalian yang mampu menyimpulkan setiap dari perkataanku, kerana aku hanya orang biasa yang tiada apa-apa melainkan apa yang dipinjamkan, semoga Allah melindungi aku dan kalian dan mereka dengan rahmat dan belas dari sisi-Nya. dan aku teringat sebuah nasihat dari sebuah buku, bahawa Allah menyembunyikan 3 perkara di dalam 3 perkara, kasih sayang Allah dalam setiap amal kebaikan, kemurkaan Allah dalam setiap perkara kemaksiatan, dan wali-wali Allah dalam kalangan hamba-hamba-Nya, maka janganlah engkau mencela barang siapapun dari hamba-hamba Allah, kerana mungkin dalam kalangan mereka adalah orang yang Allah beri rahmat, dan semoga Allah memberi rahmat kepada mereka yang terainaya di mesir, syria dan palestin

Allahummansur ikhwanana mujahidina wal muslimina fil masri, wa fil filastin, wa fi syria,
wa fi kulli makan wa fi kulli zaman, Allahummaghfirlana ma la ya'lamun, wa la tuakhizna bima yakulun,
wa jaa'lna khairam mimma yazunnun, wa haiyyi lana min amrina rashada,
(maaf jika silap ejaan)

ENGLISH TRANSLATION HERE

No comments:

Post a Comment

Comments