wara' itu semudahnya, dalam bahasa mudahnya, adalah menjaga diri dari yang haram .
- tingkat pertama ialah penjagaan diri (wara') yang disyaratkan pada keadilan kesaksian . iaitu bila penjagaan diri yang tersebut itu tidak ada maka orang itu tidak layak menjadi saksi , hakim atau wali . penjagaan diri yang dimaksudkan ialah penjagaan diri dari perbuatan yang nyata haram .
- tingkat kedua ialah wara' orang-orang shalih . mereka menjauhkan diri dari segala perbuatan syubhat yang ada padanya kemungkinan-kemungkinan yang diragukan .
"tinggalkanlah yang meragukan untuk diambil yang tidak meragukan " .
" dosa itu membawa penyakit bagi hati (jiwa) . "
- tingkat ketiga ialah wara' orang-orang yang bertaqwa (muttaqin) . mereka meninggalkan perbuatan yang sebenarnya halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram .
" tidaklah orang itu dinamakan sebagai orang taqwa sebelum dia meninggalkan sesuatu yang tiada apa-apa kerana takut kepada apa-apa . "
sebagai contoh , menjaga diri dari bercakap tentang hal orang lain kerana takut terperosok kepada mengumpat . dan memelihara diri dari makan sepanjang keinginan , kerana takut bergelora semangat dan tenaga yang membawa kepada perbuatan terlarang .
- tingkat keempat ialah wara' orang-orang shiddiqin iaitu berpaling (meninggalkan) , selain kepada Allah taala . kerana takut terpakai meskipun sesa'at dari umur kepada yang tidak mendatangkan faedah lebih pendekatan diri kepada Allah 'Azza wa Jalla , walaupun dia tahu dan yakin bahawa perbuatan tersebut tidak membawa kepada yang haram .
rujukan : terjemahan jilid 1 ihya 'ulumiddin karangan imam Abu Hamid Muhamed bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-Thusi oleh Ismail Yakub .
No comments:
Post a Comment
Comments