Tuesday, 13 August 2013

Sajak 03

mengapa aku dibangkitkan di dunia,
kenapa aku dilahirkan sebagai manusia,
mengapa aku pernah menjadi ketua,
mengapa dalam pada waktu segenting ini, aku tak mampu berbuat apa-apa,
ini bukan sajak, bukan puisi, bukan seni,
ini hanya luahan hati, hati yang mati,
aku bukan pejuang, bukan pemegang panji,
tapi aku ada hati, hati untuk mati, dari hati yang mati,
aku lari dari amanah Ilahi, lari dari tali Ilahi, kerana aku takut pada janji,
tapi cintaku kepada jalan itu masih bersisa, masih membara,
aku padam dengan benci dan air mata, kerana aku belum sedia,
aku tahu itu alasan lama, tapi aku tak sedia melihat mereka derita,
padaku, masa belum tiba, kerana hanya mereka keluarga yang aku terima,
mereka menolak aku sehingga kami berjaya, tanpa aku sangka,
aku tak mahu selain mereka, mereka yang aku anggap keluarga,
mereka orang yang aku tak sangka, tapi kami bersatu bersama masa,
walau banyak keluarga, mengundang aku bersama mereka, dalam perjuangkan agama,
tapi aku belum sedia, belum sedia menerima mana-mana keluarga,
kerana aku tak mahu, keluarga aku berganti baru, mereka yang dulu,
aku ada keluarga dalam perjuangan aku, walau berpecah kerana mencari ilmu,
kami akan bersatu, aku percaya, kami akan bersatu, sama seperti dulu,
bagaikan tanda, aku bertemu satu demi satu dari mereka, hubungan kami kembali bercakna,
tapi aku telah mematikan ilmu dari dada, kerana aku tahu beratnya agama,
bagaimana mereka yang ahli sanggup menerima agama,
kekuatan apa, menolak mereka, menjadi pembela,
sekiranya kamu menjadi pembaca, jawablah soalanku, aku perlu,
siapa aku, apa tujuan hidupku, kenapa perlu aku dengan tujuan itu,
dimana, bila, mengapa, dan segala-galanya, kenapa?,

aku dahulu bukan pejuang agama, bukan pelindung agama, aku dulu bukan ketua,
bukan kerana nama, dan bukan kerana rela, hanya memenuhi kekosongan yang ada,
bagi mengekalkan keseimbangan dan suasana,

No comments:

Post a Comment

Comments