Tuesday, 20 August 2013

melayan perasaan

aku sedang melayan perasaan, tengah sedih tentang masalah peribadi dengan orang yang betul-betul aku nak jadikan isteri, (lama ag, aku masih blaja lagi), aku tak tau nak buat apa, lalu aku bukak quran.com, "tekan je mana-mana" desak hati, tanpa fikir, aku tekan, keluar surah al-Qasas, harap ada something yang boleh tenangkan hati, tapi harap tak jauh-jauh sebab aku ni pemalas, tau apa aku jumpa?







apa maksudnya?

28:4 sesungguhnya Firaun telah berlaku zalim di bumi (Mesir) dengan melampaui batas, serta ia menjadikan penduduknya berpuak-puak. Ia menindas sepuak di antaranya dengan membunuh anak-anak lelaki mereka dan membiarkan hidup anak-anak perempuan mereka. Sesungguhnya adalah ia dari golongan yang membuat kerosakan.

28:5 Dan Kami hendak berihsan dengan memberikan pertolongan kepada kaum yang tertindas di negeri itu, dan hendak menjadikan mereka pemimpin-pemimpin, serta hendak menjadikan mereka orang-orang yang mewarisi (apa yang dimiliki oleh Firaun dan kaumnya).


28:6 Dan Kami hendak memberi mereka kedudukan yang kukuh di negeri itu, serta hendak memperlihatkan kepada Firaun dan Haman bersama-sama tentera mereka apa yang mereka bimbangkan dari golongan yang bertindas itu.


mungkin sejarah lama akan berulang, dan mereka yang zalim itu akan dihancurkan dengan sekeras-kerasnya dari jalan yang tak disangka-sangka, sebagai mana firaun tak menyangka yang utusan Allah adalah orang yang mereka jaga, lalu mereka hancur tanpa terlintas dalam benak fikiran yang mereka mati sedemikian rupa,

dan aku hanya disini, 
tak menjaga diri sendiri,
tapi bila seruan itu tiba, 
semoga aku bersama mereka,

aku hanya mampu berlatih dalam alam maya, tapi aku tahu, bila masa tiba aku boleh cepat sedia, belajar keperluan segala, semoga umurku yang sia-sia tiada sia-sia, semoga hati aku yang mati, akan dipilih sebagai syahid bersama pemiliknya, inilah yang mampu aku buat untuk mempersiapkan diri yang ...... 
(jangan bukak aib diri ahaha)

semoga beritamu ini wahai Allah, aku sampaikan, dan semoga menjadi sedikit daripada bantuan, memercik api kesedaran dalam minda hambamu, menjadi bantuan untuk aku dalam hisabmu, dan semoga, agama ini kembali menawan dunia dan hati seluruh penduduknya,

Saturday, 17 August 2013

4 tingkat wara'


wara' itu semudahnya, dalam bahasa mudahnya, adalah menjaga diri dari yang haram .

- tingkat pertama ialah penjagaan diri (wara') yang disyaratkan pada keadilan kesaksian . iaitu bila penjagaan diri yang tersebut itu tidak ada maka orang itu tidak layak menjadi saksi , hakim atau wali . penjagaan diri yang dimaksudkan ialah penjagaan diri dari perbuatan yang nyata haram .

- tingkat kedua ialah wara' orang-orang shalih . mereka menjauhkan diri dari segala perbuatan syubhat yang ada padanya kemungkinan-kemungkinan yang diragukan .

"tinggalkanlah yang meragukan untuk diambil yang tidak meragukan " .

" dosa itu membawa penyakit bagi hati (jiwa) . " 

- tingkat ketiga ialah wara' orang-orang yang bertaqwa (muttaqin) . mereka meninggalkan perbuatan yang sebenarnya halal tetapi dikhuatiri terbawa kepada yang haram .

" tidaklah orang itu dinamakan sebagai orang taqwa sebelum dia meninggalkan sesuatu yang tiada apa-apa kerana takut kepada apa-apa . "

sebagai contoh , menjaga diri dari bercakap tentang hal orang lain kerana takut terperosok kepada mengumpat . dan memelihara diri dari makan sepanjang keinginan , kerana takut bergelora semangat dan tenaga yang membawa kepada perbuatan terlarang .

- tingkat keempat ialah wara' orang-orang shiddiqin  iaitu berpaling (meninggalkan) , selain kepada Allah taala . kerana takut terpakai meskipun sesa'at dari umur kepada yang tidak mendatangkan faedah lebih pendekatan diri kepada Allah 'Azza wa Jalla , walaupun dia tahu dan yakin bahawa perbuatan tersebut tidak membawa kepada yang haram .

rujukan : terjemahan jilid 1 ihya 'ulumiddin karangan imam Abu Hamid Muhamed bin Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali Al-Thusi oleh Ismail Yakub .

Siapakah Orang Yang Berjaya?


23:1
23:2
23:3
23:4
23:5
23:6
23:7
23:8
23:9
23:10
23:11

itu ini begitu begini,  beza persepsi di sana sini,
cara dia dan cara mereka, masing-masing punya citarasa,

pelbagai buku dijual dengan pelbagai isi yang merupakan resipi untuk menuju kejayaan turut di failkan bersama, pelbagai rujukan diselongkar semata-mata mencari secebis resipi yang mengajar bagaimana untuk berjaya, tapi apakah kejayaan yang kita kecapi itu benar-benar adalah suatu "kejayaan" yang sebenarnya? Allah dan rasulnya lebih mengetahui. kerana kejayaan ini scope nye luas, sekalipun orang lain memandang itu suatu kegagalan, tetapi ada yang melihat itu suatu titik tolak kepada kejayaan, saya bukan ahli untuk menyatakan perihal ilmu, bukan menunding jari menunjukkan silap, tetapi menambah bahan ke dalam resipi yang kurang, berdasarkan buku resipi yang dah diwarisi sejak lebih 1400 tahun yang lalu, yang masih terpelihara, yang dijamin terjaga, yang diberikan oleh Yang Maha Bijaksana, Yang Pemurah lagi Maha Kaya, inilah merupakan asas kejayaan yang sebenar sebelum resipi ini dikembangkan, dipecahkan kepada pecahan yang kecil, yang lebih mendalam, yang lebih focus kepada sesuatu teknik kejayaan berdasarkan bidang masing-masing, inilah batu asasnya sebelum menjadi parang dan pelbagai barang untuk mencipta sesebuah rencah kejayaan. sememangnya ini adalah pandangan semata-mata dari seorang yang bukan ahli, bukan arifin billah tetapi semoga memberi secebis dari percikan api bagi menyuluh, dengan harapan membuka mata hati dan minda bagi melihat dan menyelongkar ilmu dari pemilik seluruh lapangan ilmu. dan bagi memberi secebis harapan kepada yang telah berputus-asa, kerana saya juga boleh digolongkan dalam golongan orang-orang yang sering menghadapi kegagalan.

jadi, berbalik kepada tujuan utama kita, apakah resipi asas untuk mencipta kejayaan?
maka aku teringat bahawa mutawir aku membacakan surah Al-Mu'minun, menceritakan ciri-ciri orang yang berjaya, waktu tu kami dalam perjalanan pulang, tapi aku terlupa nama dia, ahaha, dan apakah terjemahnya?

01 maka berjayalah orang yang beriman
02 yang khusyuk dalam solatnya
03 dan yang menjauhi yang melalaikan (sia-sia)
04 dan yang mengerjakan zakat
05 dan yang menjaga kehormatannya
06 melainkan ke atas isteri mereka dan yang selayaknya (hamba sahaya),
     maka mereka tiada tercela
07 maka sesiapa yang melihat (mencari) melebihi yang demikian,
     mereka adalah orang yang melampaui batasan
08 dan yang menunaikan amanah dan janji mereka
09 dan mereka yang tetap memelihara solat mereka
10 merekalah yang berhak mewarisi (pewaris)
11 yang mewarisi Firdaus (syurga tertinggi) mereka (tinggal) di dalamnya selamanya

dan sesungguhnya kejayaan dan kegagalan itu hanya pada pandangan mata manusia, mereka melihat engkau gagal tetapi apabila engkau mendapat sesuatu dari kegagalan itu, maka engkau sebenarnya sedang mencipta kejayaan, dan lebih memahami keadaan sebenar tentang maksud kejayaan itu. namun, kejayaan pada sisi Allah telah Allah nyatakan dengan ringkas dalam dalam al-Quran, dalam Surah al-Mu'minun antaranya, (yang aku tahu),

kepada mujahidin di seluruh dunia, dan seluruh orang yang beriman, ingatlah, jangan kamu menyangka syuhada' itu mati sedangkan Allah memberi rezeki kepada setiap mereka, dan mereka tetap hidup sedang kamu tidak mengetahui, dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana Allah tak membebani sesiapa melainkan sesuai dengan kesanggupan mereka, setiap sesuatu ada maharnya, bahkan Allah membeli diri, keluarga dan harta mereka dan memberi mereka syurga sebagai balasan, inilah kenapa mereka (kafir harbi) takut sekiranya muslim bersolat lima waktu seperti solah jumaat, kerana muslim ketika itu (yang lepas dan akan datang) telah memenuhi syarat orang-orang yang berjaya, yang mencapai kejayaan dari sisi Allah, syarat yang terakhir disenaraikan iaitu, "tetap menjaga solat mereka", pasti masa itu akan tiba, sekarang kitalah makanan, nanti pasti akan datang saat yang dijanjikan, kebangkitan pihak muslimin, dengan bangkitnya pemimpin yang dijanjikan, yang membawa kebenaran, dari arah kebenaran ke arah kebenaran,

dan setiap tulisan aku bukanlah nasihat, bukanlah menunjukkan jalan tapi hanya luahan hati, dari hati yang mati, kerana aku tak mampu melakukan apa yang aku perkatakan, kerana aku hanyalah lelaki yang tidak berjuang, yang melarikan diri dari perjuangan, yang hanya mampu berdiam diri dari jalan Allah, dari tali Allah, dan aku takut menanggung apa yang aku sebarkan, maka aku hanya menulis untuk diri sendiri, hanya bezanya, aku mendedahkan apa yang aku tulis untuk diri sendiri sebagai bahan bacaan kepada orang ramai, dengan harapan memberi secebis inspirasi, kekuatan, kesedaran, untuk mereka yang lemah menjadi lebih bermotivasi, yang sedih menjadi ceria, yang muda tidak lupa, yang tua kembali muda, bersemangat, semoga Islam kembali aneh, dan semoga yang aneh itu, kembali ramai dan kembali kuat, sesungguhnya Islam itu pada awalnya datang dalam keadaan aneh, dan nanti pada akhirnya akan kembali aneh, maka beruntunglah mereka, pihak yang aneh,

dalam perkataanku tiada kesimpulan, tiada ringkasan, hanya akal kalian yang mampu menyimpulkan setiap dari perkataanku, kerana aku hanya orang biasa yang tiada apa-apa melainkan apa yang dipinjamkan, semoga Allah melindungi aku dan kalian dan mereka dengan rahmat dan belas dari sisi-Nya. dan aku teringat sebuah nasihat dari sebuah buku, bahawa Allah menyembunyikan 3 perkara di dalam 3 perkara, kasih sayang Allah dalam setiap amal kebaikan, kemurkaan Allah dalam setiap perkara kemaksiatan, dan wali-wali Allah dalam kalangan hamba-hamba-Nya, maka janganlah engkau mencela barang siapapun dari hamba-hamba Allah, kerana mungkin dalam kalangan mereka adalah orang yang Allah beri rahmat, dan semoga Allah memberi rahmat kepada mereka yang terainaya di mesir, syria dan palestin

Allahummansur ikhwanana mujahidina wal muslimina fil masri, wa fil filastin, wa fi syria,
wa fi kulli makan wa fi kulli zaman, Allahummaghfirlana ma la ya'lamun, wa la tuakhizna bima yakulun,
wa jaa'lna khairam mimma yazunnun, wa haiyyi lana min amrina rashada,
(maaf jika silap ejaan)

ENGLISH TRANSLATION HERE

Thursday, 15 August 2013

Seiring Sehaluan UNIC

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar

Hari yang indah
Senyuman pertama
Hulurkan salam ukhwah kita

Berpesan mengingati
Dituntut agama
Kita bagaikan satu keluarga

Silaturrahim ini tak akan terpisah
Kita jalinkan seperti Rasulullah dan Sahabat

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Demi satu kejayaan
Perlu pengorbanan
Keazaman juga ketabahan

Inilah kehidupan menuntut kesungguhan
Tak semudah indahnya khayalan
Silaturrahim ini tak akan terpisah
Berbahagia untuk selamanya InsyaAllah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah
Allahu Akbar Allah Maha Besar
Lailaha Illallah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah

Kita laungkan Allahu Akbar Allah Maha Besar
Seiring sehaluan satu cita dan impian
Susah dan senang kita tempuhi bersama
Bertemu berpisah kerana Allah


c/p: http://liriknasyid.com

Tuesday, 13 August 2013

Sajak 03

mengapa aku dibangkitkan di dunia,
kenapa aku dilahirkan sebagai manusia,
mengapa aku pernah menjadi ketua,
mengapa dalam pada waktu segenting ini, aku tak mampu berbuat apa-apa,
ini bukan sajak, bukan puisi, bukan seni,
ini hanya luahan hati, hati yang mati,
aku bukan pejuang, bukan pemegang panji,
tapi aku ada hati, hati untuk mati, dari hati yang mati,
aku lari dari amanah Ilahi, lari dari tali Ilahi, kerana aku takut pada janji,
tapi cintaku kepada jalan itu masih bersisa, masih membara,
aku padam dengan benci dan air mata, kerana aku belum sedia,
aku tahu itu alasan lama, tapi aku tak sedia melihat mereka derita,
padaku, masa belum tiba, kerana hanya mereka keluarga yang aku terima,
mereka menolak aku sehingga kami berjaya, tanpa aku sangka,
aku tak mahu selain mereka, mereka yang aku anggap keluarga,
mereka orang yang aku tak sangka, tapi kami bersatu bersama masa,
walau banyak keluarga, mengundang aku bersama mereka, dalam perjuangkan agama,
tapi aku belum sedia, belum sedia menerima mana-mana keluarga,
kerana aku tak mahu, keluarga aku berganti baru, mereka yang dulu,
aku ada keluarga dalam perjuangan aku, walau berpecah kerana mencari ilmu,
kami akan bersatu, aku percaya, kami akan bersatu, sama seperti dulu,
bagaikan tanda, aku bertemu satu demi satu dari mereka, hubungan kami kembali bercakna,
tapi aku telah mematikan ilmu dari dada, kerana aku tahu beratnya agama,
bagaimana mereka yang ahli sanggup menerima agama,
kekuatan apa, menolak mereka, menjadi pembela,
sekiranya kamu menjadi pembaca, jawablah soalanku, aku perlu,
siapa aku, apa tujuan hidupku, kenapa perlu aku dengan tujuan itu,
dimana, bila, mengapa, dan segala-galanya, kenapa?,

aku dahulu bukan pejuang agama, bukan pelindung agama, aku dulu bukan ketua,
bukan kerana nama, dan bukan kerana rela, hanya memenuhi kekosongan yang ada,
bagi mengekalkan keseimbangan dan suasana,

Sajak 02

ketika mereka menghina kami
engkau berdiri menghadap zimmi
tak gentar, percayakan diri,
amaran keras engkau beri,

tapi kenapa? kenapa engkau lari?
lari dari kenyataan yang kini,
syiah harbi, merobek maruah sunni,
merobek maruah, wanita sunni,

aku sakit dan aku benci,
aku tak mampu berbuat apa lagi,
aku rasa tak bererti,
dipisahkan oleh garis pembahagi,

dan kenapa? engkau orang muda,
engkau dipisahkan dalam negara?
kenapa dipisahkan oleh bendera?
sedangkan kita pencorak masa depan kita,

engkau yang dibuai selesa,
bersedialah, kerana masanya bakal tiba,
hanya engkau yang belum merasa,
derita sengsara yang mereka rasa,

mereka makan tidak terasa,
mereka tidur tiada lena,
esok ada entah tiada,
hanya doa menjadi senjata,

genggamlah erat tali dan janji,
sekuat waktu engkau bayi,
kerana tangan memegang panji,
takkan lepas walau seinci,

doa orang yang sedang dizalimi,
tiada hijab dengan Ilahi,
semoga Islam kuat kembali,
berdiri dibawah satu panji,

inilah yang dapat aku beri,
pengganti diri untuk sunni,
semoga Allah sentiasa merahmati,
perjuangan kalian ke-akhir nadi,

dan aku, kini dan selamanya,
masih belum bersedia segala,
solat pun belum terjaga,
hanya menunggu gelombang tiba,

Allah hummansur ikhwananal muslimina wal mujahidina fil filastine, wa fi syiria, wa fi misra
wa fi kulli makan, wa fi kulli zaman, 
Allahummaghfirlana ma la ya'lamun, 
wala tuakhizna bima yakulun, 
wa jaa'lna khairam mimma yazunnun

laa akrih kullu syiah, akrih man huwa yukotilu sunni, 
kuntum ma muslim, la wa lam wa lan muslim,

ENGLISH TRANSLATION HERE

Ra'dul Hamra/Roy Mustang