Sunday, 5 July 2015

masa ruang plane dan dimensi

cerita yang akan aku bawak ni agak mengarut dan sememangnya sebuah karutan mengalahkan tukang karut, ceritanya begini, ada seekor semut yang aku beri nama maslan. maslan dan kawan-kawannya suka mencari makan, yelah semut kan, sinonim lah dengan sikap rajin tahap gaban. team maslan menjelajah sehinggalah tiba di sebuah bilik yang kaya dengan hasil bumi, manusia makan tak basuh, maka gembiralah hati maslan yang bertemu dengan lombong hasil bumi dengan pelbagai sumber sebagai contoh, gula, garam, nasik dan macam-macam hasil bumi yang lain, namun begitu, kehadiran maslan ini tidak diendahkan pemilik bilik itu, sehinggalah maslan memberi masalah kepada penduduk bilik itu. kurang ajar nye maslan ni, dia gigit manusia itu, then apabila manusia itu cuba memukulnya, dia lari macam pelesit, laju betul maslan, semut ke pelesit ni.

tapi apa yang berlaku adalah kerana maslan tidak hidup di dalam dimensi ketiga, dia hanya menjalankan tugasnya tanpa dia sedari yang sebenarnya dia sedang menyakitkan hati makhluk manusia dengan hanya melihat kelibat dia berjalan suka suki di meja manusia. nak dijadikan cerita, masa kelas calculus tadi, aku terfikir, bagaimana agaknya bentuk syurga?

manusia impossible akan mampu ke langit yang memiliki arasy Allah melainkan dengan izin Allah, belum waktunya lagi, bagi menjelaskan teori aku, aku melihat konsep mathematics, yang mana, berkenaan plane. sebelum kita ke teori yang aku nak bincangkan, aku nak bawak korang faham apa tu plane.

point atau titik, kita ibaratkan sebagai coordinate, maka hasil dari sambungan antara titik-titik membentuk garisan paksi, maka kita anggap lah keadaan ini sebagai satu dimensi (1D)...

seterusnya, hasil gabungan dua paksi yang intersect, terbentuklah dua dimensi (2D)...

dan apabila kita tambahkan lagi satu paksi yang perpendicular dengan plane 2D tadi, kita bentuk tiga dimensi (3D)...

dimensi yang rendah tidak tahu bagaimana dimensi yang tinggi (kecuali dengan keizinan Allah)

pada suatu hari, maslan tanpa sengaja  telah sesat, emmm, mungkin kerana dia suka mengarut, biasalah, maslan kan, jadi dalam kesesatan tu, maslan tanpa sengaja melompat ke atas beg Ahmad pemilik sebuah bilik yang menjadi markas maslan, dan maslan pun duduk diam-diam... Ahmad yang excited, tidak menyedari kehadiran maslan, dia menuju ke lapangan terbang untuk menaiki flight ke Brozeel, maslan menurut je gerak langkah Ahmad, dan dia melihat pelbagai jenis ciptaan manusia yang dia tak pernah lihat. maslan melihat stadium bola, bangunan yang tinggi, kapal, dan yang paling remarkable, maslan dapat melihat awan dari jarak dekat.

sepulangnya maslan ke bilik air (actually tanah air tapi ni bilik)... maslan bercerita kepada team dia, weh aku naik sampai awan, pastu en, pastu en, aku tengok stadium, woha power wooo, biasalah, berserabut kepala member maslan dengan cerita dia, ditambahi gaya maslan yang berserabut, lagilah sakit hati member-member dia. siapa nak percaya? jauh kot brasil dengan malaysia, macam mana semut nak pergi sana. tapi maslan je yang tau, sebab semut ini menaiki transportation manusia

begitulah, manusia sukar menerima Isra' dan Mi'raj, sebab itu di luar dimensi kita, maka tidak peliklah jika dikatakan bahawa syurga itu terdapat benda-benda yang kita tak mampu bayangkan pun di dunia ini, kita tak tahu syurga, neraka, kerana semua itu berada di dimensi yang lebih tinggi, jadi kita yang hidup dalam dimensi yang rendah ini, tidak mampu membayangkan bagaimana dimensi tinggi, yang ada hanyalah teori, syurga dan neraka berada di dimensi yang mungkin bukan dimensi, seperti semut yang berada di atas kertas yang sebenarnya bukan bumi, kertas di atas bumi, tapi kertas bukan bumi, manusia berada dalam dimensi, dan dimensi berada dalam sesuatu yang kita tak tau.

terdapat teori yang menyatakan, dimensi ketiga adalah hasil dari pergerakan masa, masa membentuk ruang, ruang membentuk dimensi, kertas bukan bumi, maka tidak hairanlah kalau kita katakan Allah berada di mana-mana tapi tidak bertempat, kerana tidak terikat dengan masa dan ruang, tidak terikat dengan dimensi, manusia mencipta kertas, kita tidak hidup dalam kertas, dan kita mampu kawal kertas, dan Allah mencipta dunia ini, ruang, masa, putaran bumi, peredaran bumi, dan Allah tidak terikat dengan dimensi ini, Allah mampu kawal dimensi ini. dan Allah hidup bukan dalam dimensi ini.

jin dan manusia hidup dalam dimensi yang sama, cuma bezanya jin mampu melihat manusia dan manusia tak mampu melihat jin, macam cermin tinted, kita tak boleh tengok dalam rumah, melainkan orang dalam rumah bukak lampu dan tabir langsir, dan interaction secara langsung dengan manusia adalah dilarang, jadi aku terfikir, jin tahu jalan ke langit untuk mencuri berita, yang sekarang dijaga rapi malaikat yang memanah petir upon diorang cuba mencuri berita, jadi kenapa bomoh-bomoh ni curik berita, kenapa tak belajar tentang aliran angkasa? seperti manusia mula berlayar, memahami pergerakan angin, arah bumi, coordinate,  pergerakan lautan, menggunakan bintang sebagai petunjuk arah, jadi kenapa bomoh-bomoh ni tak mintak ilmu pergerakan angkasa, angin angkasa, kan boleh lagi kaya, ish ish

as penulis artikel ni, aku just mengarut je, korang jangan sebarkan dakyah pulak ahaha, semoga dilimpahi hidayah

maslan adalah seekor semut dan bukan manusia, maslan, dan ahmad adalah rekaan semata-mata, tiada kene mengena dengan sape-sape yang terasa,

support me, kipidap bro kipidap