Friday, 29 August 2014

Dora de Exploras Journal 02

dalam post kali ini saya ingin menerangkan tujuan setiap post saya yang bertajuk Journal,

berilhamkan daripada hidup kemaksiatan, mengikut telunjuk syaitan, nafsu berkuasa gaban, saya nukilkan blog saya bersama harapan dalam tiap kesempatan, supaya menjadi inspirasi dan kekuatan buat diri dan rakan-rakan yang masih dibelenggu kejahatan, kerana saya mahu melihat generasi yang saya di dalamnya berada dalam kebaikan, kerana ada mungkin khalifah Allah itu masih dalam kejahatan, kelalaian, kerana dia masih dalam persediaan, semoga generasiku dan generasi seterusnya berada dalam kebaikan, dalam kepemimpinan orang-orang yang beroleh dan membawa kebaikan, walau siapapun dia yang ditetapkan, aku yakin, nanti pasti ada khalifah Allah yang akan dibangkitkan,


sekalipun dalam kalangan kita terdapat orang yang melakukan kerosakan, menumpahkan darah, pasti ada khalifah antara kita, kerana Allah berkata kepada malaikat, "sesungguhnya aku ingin menciptakan khalifah di bumi" lalu berkata malaikat, "adakah Engkau wahai Allah, ingin menciptakan orang yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah" berfirman Allah, "sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tiada ketahui", maka dalam hidup kemaksiatan ini, lahir rasa ingin membantu, memberi inspirasi, bagaimana untuk membantu diri, kerana engkau, yang masih membuat kejahatan, mungkin engkau khalifah Allah, kerana Allah menciptakan khalifah di bumi, walau pada hakikatnya, malaikat menyedari manusia itu makhluk yang berbuat kerosakan, tetapi Allah lebih mengetahui rahsia penciptaan

ehem

dalam hidup penuh kemaksiatan ini, tangan menulis hati menangis, sekalipun hati itu mati, ilmu itu tetap hidup sehinggalah seseorang itu dimatikan bersama ilmu itu, tetapi ilmu itu bagai pelita, jika digunakan sebaiknya, dapat menyuluh kepada kebenaran, dan jika tidak, fakta boleh menjadi auta, ilmu itu digunakan untuk memutar belit fakta, cakap pusing-pusing sammy value, semoga Allah melindungi kita, diberi kafahaman dalam agama dan diilhami petunjuk, tapi bagaimana mahu kekuatan keteguhan dalam melakukan kebaikan?

mungkin engkau boleh baca al-Quran?

yeah, selama mana engkau berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, semoga engkau jauh dari kesesatan, kerana Islam itu satu garisan, lalu lahir dari garisan itu, cabang-cabang garisan yang lain, tetapi tetap hanya satu garisan sahaja yang benar, garisan itulah Islam, garisan pertama, dan benar selamanya, garisan yang aku redha di dalamnya, yang aku akui kebenarannya, walau aku jauh dari menggenggamnya, apatah lagi melindunginya, dan sekalipun jauh untuk mencapainya, jadi dalam melalui hari-hari kejahilan, bacalah al-Quran setiap hari, dalam solat cuba baca apa yang kita dah baca tadi, siapa tahu kalau itu jalan untuk Allah membantu kita, Allah tak perlukan cara, tetapi manusia memerlukannya kerana manusia tidak akan berhenti mencari sebab kepada sesuatu fenomena,

tendency untuk kita melakukan keburukan semasa bersendiri amat tinggi, yeah, kadang-kadang macam graph tangent, to the infinity, dan iman kita macam graph sin dan cos, ada turun dan naiknya, tapi rate of increasing and dereasing tetap berbeza, jadi mungkin dengan usaha kita, rate of increasing dapat meningkat dan rate of decreasing boleh melambat, sebab kita boleh berusaha, dan ketahuilah, hidup kita terikat dengan dua perkara, pilihan dan takdir, dan pilihan itu mendahului beberapa takdir, dan sekiranya keadaan tak seperti yang kita pilih, maka itulah takdir, maka dari konsep pilihan itu, wujudlah konsep usaha doa ilmu tawakal, usaha doa dan ilmu sebagai "pilihan" dan tawakal kepada takdir Allah, sebaik-baik perancang, dan pada ketika inilah (bersendiri), selitkan dalam hati, Allah itu ada, Allah berada dima-mana tapi tidak bertempat, Allah melihat aku, Allah dengar aku, Allah bersamaku, semoga dengan kesedaran ini menjadi penguat kita dalam berserah kepada Allah dan semoga Allah melindungi kita dari syaitan nirrojim

Monday, 25 August 2014

Aug 25 2014 Diary

who walk with Allah, always reach their destination,
the circuit of life, have series of parallel resistors,
the current entering each of resistors is different,
but the voltage across is always the same

on the same time
in all that resistors, there are series of series resistors,
which the voltage have different value,
while the current is the same

so
lets try create a power out of those current and voltage
without resistor, current would not create voltage,
without voltage, current cant create power

that
is how important resistor in simple circuit,
so do problem and test given by Allah
there is always way out despite how great it is

but do remember,
power release is equal to power absorb
and so do your action and responsible
they are equal and should be in equilibrium
mean
you act with responsibility
while you responsible on your action
they move along while balancing each other

then
the time will help you calculate
the work done by that power
so you could measure your current with

ammeter

sometime
you might found someone act like inductors
they conduct electric, always and always
always helpful and very useful

and you might find someone helpless and useless
but remember, they store your charge
and release it when needed according situation
and bring balance into your circuits

if you find a sword, never draw them
unless it is the last resolve
because you might tired trying
its better to let them hide like shadow

unless you have no other option
cause, his sharpness might hurt
observer didn't use mouth
but when they do, a sword is a spear

Thursday, 7 August 2014

boikot? ale ota iye

boikot boikot boikot, perkataan yang sering kita dengar di banyak tempat dan mana-mana lah,
tapi terdapat manusia bertopengkan shaiton, melakukan keshaitonan atas nama boikot,
boikot boikot boikot, apakah boikot yang korang perjuangkan wahai orang-orang gila?

pada pandangan aku, boikot yang warga Malaysia jalankan adalah:

kita memboikot dengan cara berhenti membeli barang-barang atau berhenti menggunakan barang keluaran isreal yang membawa keuntungan terhadap ekonomi mereka, demi menyekat sebahagian sumber, dengan harapan membantu perjuangan saudara-saudara kita di Palestine terutamanya Gaza, tanpa melupakan saudara-saudara kita di kawasan-kawasan lain yang tertindas, tanpa menindas atau membunuh atau merosakkan tempat ibadah bangsa lain atas nama boikot, atas nama? boikot,

dengan berhenti membeli barang yang memberi keuntungan terhadap isreal, bukan bererti kita pegi buang sume barang-barang yang kita dah beli kat umah tu, yang tu simpan lah, habiskan, kan membazir tu amalan shaiton, wahai shaiton, jadi berhenti beli, berhenti semampu kita, berhenti beli dan consume, burger ramli kan ado, sedap, aku dah try, kedai pon semat, kalau pegi tesco korang jumpe ice box yang penuh dengan daging sejuk beku tu kan? nih korang makan dalam kedai dia, ice box tu ada je sebelah, yes buat masa ni kedai kecik, tapi bayangkan kalau satu malaysia terus support burger ni, silap2 KLCC dia pegang, ahaha

so jangan lah busuk hati mendengki burger ramli, busuk hati tu kasi mekdi, senang hati pekerja dia, boleh tak buat kerja, dan jangan la korang jadi banggang meludah pekerja-pekerja dia, bagi lah idea kepada tuan punya premis, "bos, lu tutup la ini kedai, lu tukar burger ramli, lagi lama lu pegang ini mekdi, lagi rugi lu, lagi susah lu nak tuka kepada itu ramli", dan bayangkan dengan support kita, kita mampu menaikkan burger ramli kepada seluruh dunia, burger yang boleh dikonfem halal, bukankah menaikkan nama Islam yang kita perjuangkan nih? support cepat sebelum isreal beli berger ramli, lagi la korang susah, kan korang suka melantak burger, nanti kang kene boikot ramli lak, so cepat2 kita naikkan ramli nih,

recently, aku tengok kat fb, cermin depan kene pecah, weh siyesly, apa korang buat nih, korang provok eh? sape korang nih? kalau korang Islam, please ah stop, dan kalau korang non-muslim, that not how we settle thing, memang boikot, dan kita benci isreal, but bukan dengan merosakkan harta saudara kita, itu akan menimbulkan kebencian terhadap bangsa sendiri, orang tu boleh berhenti memboikot dan mungkin start support isreal, korang nampak tak kesan yang mungkin terjadi ini wahai si banggang? dan korang akan menyebabkan yang lain terikut-ikut, terkentut-kentut untuk menjadi ganas, sedang ilmu gersang di dada, mau perjuangkan Islam dengan salah cara, menimbulkan fitnah, terjadi huru-hara, membawa petaka, kepada Malaysia,

malah perbuatan bodoh itu menyebabkan si mangsa perlu mengeluarkan duit, maka si mangsa jika berada dalam kesusahan, dia akan sentiasa ingat peristiwa tu, setiap kali dia nak boikot, dia akan berbalah bahagi, rasa sedih kembali dalam hati, kerana banggang setitik, rosak boikot se malaysia, so, jangan jadi banggang, doakan aku tak banggang, sebab aku nasihat orang ni, takut-takut terikut kebanggangan yang nyata tu, baiklah, teruskan lah memboikot, tapi, walaupun aku bukan peminat mekdi, aku tau rasanya bila kita berkorban meninggalkan kebiasaan demi membantu,

aku buat yang termampu, korang pun buat yang termampu, Islam is not extremist, Islam is simple, and never put a pimple in Islam face. we malaysia is not SYIAH, kita ASWJ bukan extremist, kalau korang syiah, please ikut cara sunnah jamaah kat malaysia, melayu terkenal dengan budi bahasa, syiah bukan jiwa kami, kami tak letupkan diri untuk membunuh beberapa orang musuh, sekiranya kami ada musuh, kami lontarkan bom itu, kami tak takut mati, tapi kami ada satu nyawa yang masih mampu melakukan banyak benda, sedangkan kalau kami hidup kami mampu melontarkan thousand lagi bom dan membunuh thousand lagi musuh, untuk apa kami bazirkan kepada beberapa musuh?

Islam, berjihad bukan berperang, berjihad adalah bersungguh-sungguh, itkon, melakukan sesuatu yang beroleh redha Allah, jangan jadi extremist, biarlah boikot kita perlahan, tetapi terus bertahan dan istiqamah, satu-satu kita settlekan, mekdi, nestle, ye, kita mesti bertahan, kerana kita mampu, sedangkan sahabat mampu mencampakkan arak setelah turun ayat pengharaman arak, kita pun mampu, mind setting, kita berdoa supaya kita terlindung dari fitnah, semoga Allah membantu dan membantu seluruh umat Islam, kerana zaman ini adalah zaman fitnah yang besar dan dahsyat, semoga kita dilindungi

nota kaki: klw nampak sumting obvious ada wrong spelling, tu memang saje

Sunday, 3 August 2014

Sajak 05

aku hanya seorang hina,
ilmu hanya sekerat usia,
amal seakan akan tiada,
tujuan kini dikaburi dunia,
perkataan aku dipenuhi nista,
pandangan ini jangan diterima,

aku hanya manusia biasa,
penuh dosa penuh noda,
sedikit terlihat banyak rahsia,
tiada syaitan nafsu berkuasa,
tiada teladan teman bicara,
hanya diri bersama alpa,

mereka disana bersama bencana,
syaitan dari kalangan manusia,
membunuh tanpa banyak bicara,
mereka terseksa diam dunia,
dikata pekak telinga ada,
dikata buta mata sedia,

berita diolah sesedap rasa,
minda diperangkap media massa,
takut mati dan cinta dunia,
penyakit muslim di akhir masa,
diam membisu beku suara,
takut bencana datang melanda,

wahai mahdi engkau dimana,
wahai mujadid akhir dunia,
kemunculanmu masih menjadi rahsia,
adakah ada mungkin tiada,
namun kami perlukan ketua,
munculmu pasti gemparkan dunia,

aku yakin aku percaya,
munculmu pasti walau rahsia,
kerana engkau harapan manusia,
kembali dunia kepada sejahtera,
bangkitkan Islam di mata dunia,
tertanam Allah di hati semua,

wahai mujadid akhir masa,
tiada kata mampu ku bicara,
hanya harapan mampu ku pinta,
cukuplah secebis buat dunia,
harapku tinggi atasi segala,
moga munculmu masihku bernyawa,