Friday, 29 August 2014

Dora de Exploras Journal 02

dalam post kali ini saya ingin menerangkan tujuan setiap post saya yang bertajuk Journal,

berilhamkan daripada hidup kemaksiatan, mengikut telunjuk syaitan, nafsu berkuasa gaban, saya nukilkan blog saya bersama harapan dalam tiap kesempatan, supaya menjadi inspirasi dan kekuatan buat diri dan rakan-rakan yang masih dibelenggu kejahatan, kerana saya mahu melihat generasi yang saya di dalamnya berada dalam kebaikan, kerana ada mungkin khalifah Allah itu masih dalam kejahatan, kelalaian, kerana dia masih dalam persediaan, semoga generasiku dan generasi seterusnya berada dalam kebaikan, dalam kepemimpinan orang-orang yang beroleh dan membawa kebaikan, walau siapapun dia yang ditetapkan, aku yakin, nanti pasti ada khalifah Allah yang akan dibangkitkan,


sekalipun dalam kalangan kita terdapat orang yang melakukan kerosakan, menumpahkan darah, pasti ada khalifah antara kita, kerana Allah berkata kepada malaikat, "sesungguhnya aku ingin menciptakan khalifah di bumi" lalu berkata malaikat, "adakah Engkau wahai Allah, ingin menciptakan orang yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah" berfirman Allah, "sesungguhnya aku mengetahui apa yang kamu tiada ketahui", maka dalam hidup kemaksiatan ini, lahir rasa ingin membantu, memberi inspirasi, bagaimana untuk membantu diri, kerana engkau, yang masih membuat kejahatan, mungkin engkau khalifah Allah, kerana Allah menciptakan khalifah di bumi, walau pada hakikatnya, malaikat menyedari manusia itu makhluk yang berbuat kerosakan, tetapi Allah lebih mengetahui rahsia penciptaan

ehem

dalam hidup penuh kemaksiatan ini, tangan menulis hati menangis, sekalipun hati itu mati, ilmu itu tetap hidup sehinggalah seseorang itu dimatikan bersama ilmu itu, tetapi ilmu itu bagai pelita, jika digunakan sebaiknya, dapat menyuluh kepada kebenaran, dan jika tidak, fakta boleh menjadi auta, ilmu itu digunakan untuk memutar belit fakta, cakap pusing-pusing sammy value, semoga Allah melindungi kita, diberi kafahaman dalam agama dan diilhami petunjuk, tapi bagaimana mahu kekuatan keteguhan dalam melakukan kebaikan?

mungkin engkau boleh baca al-Quran?

yeah, selama mana engkau berpegang kepada al-Quran dan Sunnah, semoga engkau jauh dari kesesatan, kerana Islam itu satu garisan, lalu lahir dari garisan itu, cabang-cabang garisan yang lain, tetapi tetap hanya satu garisan sahaja yang benar, garisan itulah Islam, garisan pertama, dan benar selamanya, garisan yang aku redha di dalamnya, yang aku akui kebenarannya, walau aku jauh dari menggenggamnya, apatah lagi melindunginya, dan sekalipun jauh untuk mencapainya, jadi dalam melalui hari-hari kejahilan, bacalah al-Quran setiap hari, dalam solat cuba baca apa yang kita dah baca tadi, siapa tahu kalau itu jalan untuk Allah membantu kita, Allah tak perlukan cara, tetapi manusia memerlukannya kerana manusia tidak akan berhenti mencari sebab kepada sesuatu fenomena,

tendency untuk kita melakukan keburukan semasa bersendiri amat tinggi, yeah, kadang-kadang macam graph tangent, to the infinity, dan iman kita macam graph sin dan cos, ada turun dan naiknya, tapi rate of increasing and dereasing tetap berbeza, jadi mungkin dengan usaha kita, rate of increasing dapat meningkat dan rate of decreasing boleh melambat, sebab kita boleh berusaha, dan ketahuilah, hidup kita terikat dengan dua perkara, pilihan dan takdir, dan pilihan itu mendahului beberapa takdir, dan sekiranya keadaan tak seperti yang kita pilih, maka itulah takdir, maka dari konsep pilihan itu, wujudlah konsep usaha doa ilmu tawakal, usaha doa dan ilmu sebagai "pilihan" dan tawakal kepada takdir Allah, sebaik-baik perancang, dan pada ketika inilah (bersendiri), selitkan dalam hati, Allah itu ada, Allah berada dima-mana tapi tidak bertempat, Allah melihat aku, Allah dengar aku, Allah bersamaku, semoga dengan kesedaran ini menjadi penguat kita dalam berserah kepada Allah dan semoga Allah melindungi kita dari syaitan nirrojim

No comments:

Post a Comment

Comments