dah kes poligami lak naik, tapi aku tak nak komen pasal poligami ni, sunah ke wajib ke harus ke makhruh ke haram ke, aku ketepikan, sebab aku tak tau, aku bukan belajar agama, solat pun tak jaga, tapi ada perkara yang aku nampak, dalam diri aku terhadap perkara ni, yang aku harap, aku kawen 1 aha
akan datang satu zaman, yang dimana orang pun akan keliru mana sunnah, mana bukan, mana yang asal dari Islam, dan mana benda baru yang tak dibuat malahan oleh tabi' tabiin sekalipun, tapi seolah-olah berasal dari mereka, ish ish, guys, korang rasa mungkin tak akan datang satu zaman, di mana Islam yang sebenar akan dilihat sebagai sesuatu yang aneh?
okay meh aku terangkan, tapi ni bawaan aku lah, takde sandaran, takde dalil, korang jangan tanya aku dalil pulak, ehem, Islam bukan agama baru, tapi dibawa semula oleh Rasulullah dengan nama baru, Islam, dan ketika Rasulullah menyebarkan Islam, agama ini seolah-olah agama baru, mengapa?
kerana agama ini ditenggelamkan oleh kebatilan yang panjang, panjang sehingga ajaran sebenar terbenam bersama cahaya, lalu mereka lena, dan ketika cahaya muncul semula, mereka merasa pelik, kerana cahaya itu terbit dan menyilaukan, panas dan menghangatkan, mereka tidak selesa, tapi mereka tidak sedar bahawa cahaya itu adalah cahaya sebenar, bukan cahaya lampu rekaan mereka, bukan pula lilin yang mereka cipta, tapi cahaya sebenar yang tidak dicipta manusia,
dan bayangkan, kita sedang dalam senja, cahaya itu semakin hilang, kebatilan sedang menenggelamkan kebenaran, sedikit demi sedikit, sehingga seluruh kebenaran hilang, dan kebatilan dilihat sebagai sebuah kebenaran, melainkan beberapa kaum yang Allah sudah janjikan, mereka akan terhindar dari kebatilan, mereka disinari bulan, mereka hidup tidak seiring zaman, lalu mereka yang akan menaikkan menegakkan cahaya dan panji kebenaran,
dulu senior aku cakap, kalau nak belajar, kene ada guru, takut nanti ikut telunjuk shaiton, em ehehe tapi aku tak dengar cakap dia, aku tak berguru pun, mungkin belum ada yang berkenan di hati, dan kini, semakin aku besar, semakin aku tak percaya kat sesiapa, sesiapa pun boleh claim dia bawak ajaran Rasulullah, selawat sedap sikit, ini dari Rasulullah, oih, siyes ni, Rasulullah datang melawat kat majlis nih, ah, aku tak kata diorang menipu, tapi aku tak percaya, sebab entah, aku tak percaya,
hati aku bergetar, mungkin ni lah dah sampai zaman fitnah besar, perkara yang bukan dari Islam akan dilihat sebagai Islam, bait-bait syair diulang-ulang, selawat yang dijaga turun temurun ditinggalkan, zikir yang asal, kini ditimbuni sajak-sajak memuji nabi, sambutan hari jadi baginda, dijadikan persaingan, "eh kita tak cukup orang ni untuk majlis perarakan, camne nak menang ni?", eh engkorang ni berarak tu untuk pertandingan ke untuk mengingatkan orang yang hari tu ulang tahun kelahiran Rasulullah? kalau untuk bertanding, dari korang berarak, elok korang keluar makan dengan anak-anak, takpun buat jamuan kenduri kesyukuran ke kan
so sampai satu ketika, bila orang islam dah biasa dengan sesuatu yang baru, sesuatu yang lama akan menjadi perkara baru, perkara pelik dan "aik, dari mana ajaran ni datang? dalil mana dalil?" dan ketika itu kita mula keliru antara yang benar dan yang baru, ye, memang lah yang baru itu tak semua buruk, tapi sedikit demi sedikit, akan membawa kepada yang buruk, kerana yang baru itu sepatutnya menjadi perisa tambahan, dan bukan perasa utama, klw yang tambahan itu jadi perasa utama, maka bisa muncul penyakit kerana kekurangan khasiat, khasiat buat jiwa nurani, dan manusia mula menjadi huru-hara, dan di situ muncul orang yang sesat lagi menyesatkan, dan agama difatwa melalui logik akal dan nafsu berkepentingan, maka benar dan batil bercampur bagai permata dalam kalangan kaca, tak tahu mana kaca dan mana permata
dan ada mungkin "ilmu diangkat" bukan hanya kerana matinya seorang ulama, tapi medium ulama itu sendiri disekat, mungkin lidah mereka, atau tangan mereka, kerana masyarakat mengenepikan ulama, atau masyarakat mengangkat fatwa yang menyokong nafsu dan kemahuan mereka, dan mereka hanya mengambil sebuah dalil dan mengenepikan penyelidikan dan pengajian ulama yang menghabiskan separuh usia mereka menimba ilmu, dan masyarakat menerima ulama yang tidak menghormati ulama terdahulu, dan sekarang. yep tak dapat dinafikan, graduan belajar sehingga PhD, tapi benar-benarkah mereka belajar untuk membantu? atau hanya memenuhi keperluan hidup dengan memiliki sijil?
semoga kita terhindar dari fitnah, dan aku terhindar dari fitnah mulut dan lidahku sendiri, aku menulis tapi aku bukan sesiapa, aku hanya mengunakan sumber sekeliling, dan penulisan aku merupakan usaha untuk membuka minda dan bukannya sebagai bahan rujukan, sekiranya tulisan aku menjadi bahan rujukan, mungkin tulisan inilah yang mencetuskan fitnah, namun, semoga aku menulis, mampu mencetuskan perception manusia kepada lebih baik, agama bukan hanya logik, tapi keyakinan terhadap tauhid itu lebih utama, agama mampu lead thinking concept kita, kerana akhir matlamat berfikir adalah kepada mengingati Allah, jika akhirnya bukan kepada Allah, engkorang bisa menjadi orang gila , dan berfikir tanpa matlamat,
No comments:
Post a Comment
Comments