Tuesday, 16 July 2013

Musafir ke Tanah Hijau

Ketika kalian bertanya kepada ku mengenai perjalanan ke tanah suci, aku hanya mampu menjawab, "em okay la, biasa je,". Kerana aku tak mampu berkata apa mengenai perjalanan aku ke sana, tiada apa yang mampu aku nukilkan. kalian, dengan musafir aku, aku tak tahu apa yang telah aku bawa balik, kerana tiada perubahan dalam diri yang meyakinkan aku bahawa aku membawa pulang hidayah. Hanya kisah dan cerita tentang pengalaman di sana yang tak jauh bezanya dengan kalian yang pernah menjejaki tanah haram. ada yang bertanya, "apa tu tanah haram?", tanah haram adalah tanah yang haram dimasuki oleh orang bukan Islam dan hanya mereka yang dibenarkan sahaja yang berpeluang melihat Kaabah secara berdepan dan masuk ke area tanah haram. Kehadiran aku sebagai orang yang dijemput dalam keadaan kosong. Aku tak tahu banyak dalam hal-hal umrah.

Jadi artikel ini adalah untuk menasihati orang yang bakal atau mahu dipilih menjadi tetamu ke tanah haram. Ambillah kalian daripada kesilapan dan pengalaman aku sepanjang bergelar musafir ke tanah haram. Pada awalnya, aku tak menjangka bahawa aku bakal menjadi jemaah umrah, sepanjang di sana, sekiranya kalian suka dan ingin bersedekah, siapakah orang yang selayaknya kalian beri? antara orang yang layak kalian hulurkan sedekah dan hadiah adalah pekerja-pekerja dalam kawasan Masjid Nabawi atau Masjid al-Haram. Pekerja-pekerja ini kalian boleh kenal pasti dengan melihat pakaian mereka, pekerja yang ditugaskan menjaga masjid (berbaju biru nila), pekerja yang ditugaskan menjaga kekemasan al-Quran, (berbaju biru muda), (berbaju hijau) adalah pekerja yang ditugaskan dengan menjaga air zamzam atau mop, berbaju merah adalah pekerja yang ditugaskan mencuci tandas, berbaju coklat/perang muda mungkin membantu yang lain-lain dan menjaga air zamzam, ini mengikut penilaian secara luaran aku, pengetahuan ini hanya untuk membantu kalian sekiranya ingin memberi sebarang sedekah. dan di sana juga ditempatkan polis masjid yang ber uniform dan sebilangan yang hanya memakai jubah putih berserban merah, kadang-kadang mereka juga memakai jubah coklat yang nipis. nasihat aku, bersedekah lah secara sembunyi-sembunyi dan 'style' ahaha. cukup sedekah seorang 1 atau 10 riyal kerana gaji pekerja menjaga kebersihan masjid ini tak banyak mana, dan sekiranya kalian ingin membayar dam, mereka adalah sasaran yang sesuai kerana dam hanya layak bagi mereka yang merupakan ahli mekah (orang yang tinggal di mekah) dan memenuhi syarat-syarat lain. dan mengenai sedekah ni, ada je pak-pak arab tak pun tah sapetah dok menjual al quran kat luar masjid nabawi, dorang ajak aku beli, cakap untuk waqaf, then aku tolak, tak pasal-pasal dia cakap, "bakhil" ahaha, pi lantak la, al-quran belambak kat dalam masjid tu. klw korang rasa apa yang aku fikir ni buruk, aku tetap dengan pendirian aku, coz da banyak sangat da al quran kat masjid tu. tapi tiap-tiap kali g masjid aku lalu jalan sama, selamber je aku, sekali tu je dia ajak pastu da tak ajak dah,

Umrah, pada awalnya aku tak berapa faham apa tu umrah, "apa tu umrah?", umrah ni simple je, pakai ihram, niat kat tanah halal, tawaf, saie, tahlul, settle ahaha, "tanah halal tu apa? kat mana?" tanah halal yang biasanya orang pegi adalah kat tanaim, kerana tanaim paling dekat sekali dengan masjid al haram, waktu nak pegi tanaim, pastikan beberapa benda, first tanya teksi tu, brape riyal nak pegi tanaim? pegi balik brape? next pastikan laki masuk dulu, kang buatnya pak arab tu bawak lari pempuan kang, pempuan kalau sayang diri, masuk last, in sya Allah selamat. waktu tawaf jangan tergesa-gesa, hati-hati kaki, orang yang berkerusi roda ni ramai gak tapi tak la ramai gile, waktu saie lak relek-relek je, and bila nak tahlul tu pastikan bawak gunting, nak gunting sendiri takde masalah, nak mintak tolong pun takde masalah, nak guntingkan orang dulu pun takde masalah, nak biar budak arab tu tolong potongkan pun bukan masalah besar, tapi t dorang mintak la beberapa riyal. ramai yang bercukur waktu kat tanah haram, tapi aku haram tak cukur kahkah, aku pun tak tau nape tapi aku just gunting je, balik malaysia rambut panjang ag. pastu sesiapa yang dalam ihram, sebaik-baiknya jangan naik ke tingkat atas bangunan masjid sebab masa aku pegi aritu ada banyak belalang, belalang ni di anggap binatang buruan, em, masa aku pegi tu jugak dorang masih lagi dalam proses membina masjid, tempat tawaf bertingkat pun on the way lagi nak siap, dorang nak buat piaza kot, tempat kat mana terletak hotel yang mana orang boleh terus ke masjid, landasan kereta api un dah siap untuk jemaah haji, tapi couch tak tau dah ada ke belum ahaha.

antara perubahan yang nampak nyata berbanding sebelum ni, arafah telah ditumbuhi kehijauan, pokok dah besar-besar, rumput melata kat bumi arafah. sempat jugak aku panjat jabal rahmat, takde apa pun, tiang putih je, lagi aku melawat ladang kurma yang dah tak macam ladang, coklat belambak, memang agak mahal jadi aku tak beli pape, mak je beli ahaha. kat madinah aku ada melawat jabal uhud, syuhada uhud (perkuburan 70 syuhada waktu perang uhud yang mana 3 syuhada disemadikan dalam satu liang, selebihnya dalam satu liang yang lain), kisah uhud memang menyakitkan, em lagi nasihat aku, bawak la kamera ahaha, ohye, waktu aku pergi tu adalah waktu kurma sedang berbuah, best sangat dapat tengok kurma berbuah, em waktu tu tak la panas sangat, sebelum kitorang pergi ada yang cakap cecah 50 darjah celcius, tapi waktu aku kat mekah tgk 30 lebih je, pas kami balik, ada gak orang cakap cecah 50 darjah celcius, cuaca kat sana tak boleh jangka, jadi takyah risau, em kami gak melawat muzium, banyak barang-barang dari zaman dulu ada, tapi muzium tu kecik je, cenonet je. em perkuburan baqi pun dah bertembok, berpagar, waktu melawat dari pukul pas subuh dengan pas asar je. em masjid nabawi pun dah siap dah, ada payung lagi tu, payung tu akan terbukak pas subuh, bukak betul-betul pas subuh tapi pas subuh la. memang style engineering nye. waktu tertutup aku tak sedar pun tu payung, em kalau boleh hafal la salam untuk nabi, pastu masa nak solat, sejam sebelum solat, elok korang carik tempat je, saf-saf depan biasanya penuh, ada yang sembahyang berlapis-lapis satu saf. mungkin apa yang dah aku cite ni boleh bagi korang sedia, sebab nanti kat sana boleh lagi faham, lagi nampak apa yang aku cerita ni. ustaz ghazali ada gtau, orang balik umrah ni, sama ada bawak cerita semata-mata atau bawak balik hidayah sekali, dan antara surah-surah yang sesuai kita amalkan walau bukan kat tanah haram, surah al fatihah, yasiin, al mulk, al waqiah, dukhan, al ikhlas, al falaq, an nas, dan 2 surah lagi yang aku tak pasti.

tu jelah yang aku nak sampaikan, sekadar pengalaman, dan bayaran yang kita bayar untuk pergi tak mengambarkan keadaan kita kat sana, dan masih ada benda lain yang Allah uji sebagai bayaran, mungkin masa kita, mungkin seseorang yang kita akan slalu rindu, atau apa-apa je, yang mungkin kita tau dan sedar, just kita terima tu sebagai bayaran atau tak je. dan aku terima itu sebagai bayaran, semoga diterima. dan semoga aku repeat math 3 ni dibantu Allah.dan biarlah beberapa pengalaman gembira aku menjadi rahsia diriku sahaja.

tembikai merah ( ^-^)~

No comments:

Post a Comment

Comments