aku baru balik dari bertugas sebagai 'apetah' untuk program bengkel bahasa arab untuk budak law, aku tak sangka dalam perjalanan pulang aku akan bertemu dengan sorang member aku, dak AED yang bole kata baik gak la (baik kot) ahaha, berbual dengan dia, dia tanya, "camne madrasah ramadhan?", kahkah, "em hancur agaknya", jawab aku, dia cakap dengan lembut gile, mungkin sikap yang dia dapat dari guru dia. dalam berbual, aku teringat hal semalam, yang buat aku nak tanya dia soalan kerana aku takut aku silap, nampaknya aku belum sampai tahap ilmu al yakin, kahkah, so apa yang jadi semalam?
aku mentelaah fb, saje boring2, scroll2, chat2, kacau status orang, lalu biji mata aku terpandang status sorang awek ni, dia tanya soalan yang aku tak ingat tapi aku ingat apa yang dia maksudkan, "antara solat sendiri di awal waktu, atau tunggu solat jemaah yang lambat, mana perlu diberi keutamaan?", wow, anda naik level, sebab terfikir hal yang demikian, lalu macam-macam komen ada, dan aku pun gatal tangan sambil ignore pandangan orang lain yang macam-macam kitab da blaja, pergh, macam-macam pandangan power ada, aku komen "aku tak ingat apa aku komen ahaha",
bagi menjawab hal ni, aku belum berilmu, tak pulak bersanad, tak pulak pegi mengaji, tapi aku nak sampaikan apa yang aku rasa, diri aku dulu yang aku buang, soalan ni tak susah tapi tak pulak boleh diambil mudah, sebab aku rasa tak sedap hati tak komen, jadi aku pun komen kat situ dan aku tulis kat sini semoga awek tu baca, camne tuh ahaha .... "solat awal dengan jemaah sedikit lebih utama dari menunggu jemaah yang ramai" aku takde hujah, takde dalil, takde sanad, tapi "dibolehkan bersolat wajib dua kali, maksudnya solat dua kali solat yang sama, dengan syarat, solat tu solat wajib dan solat yang kedua dan seterusnya adalah berjemaah", kahkah, memang lah kan, tapi jangan tersilap lak dengan solat sunat, apa yang aku cuba maksudkan adalah solat wajib kan buat sekali je, tapi, takde halangan untuk buat banyak kali, tapi, bersyarat, so jangan nak pening-pening, "tapi adalah dilarang, menunaikan solat sendirian pada awal waktu dengan kerana nak mengelak solat berjemaah", jadi apa nak pening? kalau siyes la kan solat jemaah tu lambat gila, yang korang tak tentu lagi bila dorang nak solat, maka solat je lah dulu, dah korang datang masjid pastu korang tengok masjid tu kosong, takkan nak tunggu, kahkah, tapi pengalaman aku kat tanah haram, "kami bersolat kira-kira 30 minit selepas azan secara berjemaah", dalam hal ni, waktu solat tu dah berjadual, apa salahnya kita tunggu, sememangnya kita pasti bahawa dorang akan solat jemaah, dan bukan sehingga hampir habis waktu,
everything based on situation, Islam is flexible but it is stable, lagi aku mintak pandangan member aku tu tentang apa yang aku jawab, sebab aku takut salah, sebab aku tak belajar, tak bersanad, lalu ada satu ayat dia yang buat aku lega, "ustaz pun mungkin akan bagi jawapan yang sama" bergantung kepada keadaan,
dan aku mendengar atau membaca, bahawa satu hari seorang laki-laki bertanya, "wahai Rasulullah, aku nak bercium dengan isteri aku" dan waktu itu adalah bulan puasa, lalu Rasulullah melarang lelaki itu, pada satu hal yang lain, datang seorang lelaki lain bertanya yang sama, tapi diberi jawapan yang berbeza, " wahai Rasulullah, aku nak bercium dengan isteri aku, bolehkah?" jugak ketika itu di bulan puasa, dan lelaki itu dibolehkan, kenapa? kerana lelaki itu sudah tua, dan lelaki yang pertama tadi masih muda, bimbang lelaki itu tak mampu mengawal diri dan membatalkan puasa. inilah yang dimaksudkan dengan 'keadaan', dan juga beberapa hal yang lain yang boleh dicirikan sebagai 'keadaan',
dan pada ketika waktu Rasulullah sakit, detik-detik sebelum pemergian Rasulullah, Abu Bakar mengimamkan, mereka menunggu Rasulullah untuk berjemaah, ini berbeza dengan keadaan tadi, dan diceritakan dari datukku Mohammed Bin Khalid, bahawa satu ketika, seorang lelaki melihat jemaah menunggu dan belum bersolat sehingga datang seorang lelaki yang kemudiannya mengimamkan jemaah tu, lelaki itu lalu bertanya, mengapa kau datang lambat tetapi menjadi imam kepada mereka? kerana dalam fikirannya lelaki ini lambat bangun tidur, bahkan dia tak mengetahui bahawa Imam itu kurang tidur dan Imam itu adalah Syafie, pengasas mazhab ikutan aku. jadi taklah salah menunggu imam dengan kerana hendak berjemaah, apa salahnya tunggu kejap, namun apa pun, terletak kepada individu, kita perlu hargai pandangan masing-masing, sedangkan solat juga ada banyak cara menurut pandagan ulama, jadi tak perlu kita menghukum satu sama lain okay,
jadi conclusion nyer, solat dulu sekiranya lama menunggu jemaah dan kita tak tau bila nak jemaah, dan sekiranya boleh tunggu, takde halangan untuk kita tunggu dan takde hal yang penting yang memaksa kita cepat, itu pun satu kebaikan, dan sekiranya korang nak lebih tau, biasanya hal-hal keutamaan ni masuk bidang feqah, sebab tauhid tu mutlak, "dan beribadahlah berdasarkan tahap ilmu kalian dan jangan beribadah secara mengikut tanpa mengetahui" bertanyalah, untuk mengelakkan silap faham, ini sedikit apa yang aku rasa, dan tulisan ini dari seorang lelaki yang belum berilmu, dan aku tak pula berfatwa dengannya, hanyalah menulis apa yang aku rasa,
No comments:
Post a Comment
Comments