Pusat Asasi Universiti Islam Malaysia atau lebih dikenali dengan panggilan Center for Foundation Studies International Islamic University Malaysia (CFSIIUM) terletak di Jalan Universiti, Petaling Jaya. Untuk ke situ dari arah Kajang melalui Federal Highway, perlu melalui Gerbang Darul Ehsan baru amek jalan kiri untuk ke Jalan Universiti yang ke arah kanan. CFSIIUM terletak selepas Masjid Kolej Islam Malaya (MKIM), selepas KFC, selepas Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).
Hari pertama di CFSIIUM, mestilah daftar, ingat pastikan bawa semua requirement yang diminta dalam surat tawaran. apa perlu buat semasa hari tu? first amek nombor dan beratur, memang perlu belajar sabar, then bila tiba giliran untuk masuk dewan Al-Malik Faisal Hall (AMF) bawa bersama X-Ray dan akan diminta untuk diserahkan masa kat pintu masuk, bila dah masuk, akan di sediakan borang, borang ni bukan English Placement Test tau, ni borang untuk data dan bantuan asasi. Sekiranya ragu-ragu atau kurang pasti untuk sebarang data, korang bole mintak izin kat akak-akak yang berkeliaran sekeliling korang, dorang pakai baju batik. tapi kene hormat tau, sekiranya terlupa cop atau matikan setem, jangan ghairah atau gelabah, korang boleh keluar dan kat depan tu ada meja yang akan tolong cop kan untuk korang bagi pihak UIA, tapi beratur tau. then selesai korang perlu hantar borang tu kat kaunter yang disediakan, tak tau tanya ye jangan malu. seterusnya korang akan menerima hadiah berbentuk kunci, ehehe, kunci bilik. then tanpa segan silu korang bole masuk barang. klw nak bilik sama-sama korang boleh mintak, tapi untuk memudahkan diri dan pengurusan, datanglah isi borang pendaftaran tu sama-sama. dan sekiranya hajat nak bilik sama tak kesampaian, jangan sedih, sem depan bole isi borang mintak bilik sama. ini akan dihuraikan kemudian. dah kemas barang maka bermulalah hidup baru di CFSIIUM. Ahlan wa sahlan.
Exam untuk English Placement Test dan Arabic Placement Test akan dibuat dalam waktu terdekat, jangan risau, EPT dan APT takkan dibuat dalam hari pendaftaran, dan korang bole amek mana-mana sit yang selesa, dan sekiranya tak tau jawab pape kat kertas arab, jangan malu-malu, keluar je jalan-jalan yang penting tulis nama, (biasanya engin) dan sekiranya korang ada basic arab, jangan sia-siakan sebab lain kuliyyah lain requirement. Sekirannya keputusan baik untuk English dan Arab, korang akan dipermudahkan untuk belajar setahun, sekiranya kurang baik, korang mungkin setahun setengah atau dua. base on kuliyyah. Masuk UIA bukan untuk enjoy, ini bukan fast track, tapi bukan jugak tempat untuk tension, live your life and make better life. Gamers, jangan main game je ahaha. yang nak berjiwang-jiwang, jumpa mak ayah awek tu, cam aku ahaha. maaf saya single tapi not available ^^. maka bermulalah minggu pengenalan untuk korang.
penat gak nulis, em untuk sem pertama, students tak perlu daftar kelas, pengurusan akan daftarkan korang ke dalam group yang sama level EPT dgn APT dgn korang. tapi sem-sem seterusnya, korang kene daftar sendiri secara online untuk kelas sem depan pada setiap hujung sem, sekiranya nak tukar group, boleh, korang daftar secara manual pada awal sem depan di AMF, daftar kelas, jadi korang kene tau kelas apa yang korang perlu amek dan sepatutnya korang dulukan. untuk yang berminat nak amek short sem, korang boleh bincang dengan Academic Advisor (AA) dan datang pada short sem dan daftar pada awal sem tu. untuk daftar korang perlu jumpa Course Coordinator (CC) untuk subject korang, untuk yang setahun biasanya memang perlu amek dan perlu daftar pada sem sebelum tu secara online atau manual pada awal sem. aku blaja engineering asasi jadi lebih paham bahagian ni dan apa subject yang engineering sesuai amek dulu dan mana sesuai kemudian. untuk tambahan, semua course wajib amek Basic Theme Quran (BTQ), Understanding Islam (UI, untuk pelajar bukan SMA), Religion in Malaysia (RIM, untuk student SMA), Study Circle (untuk yang pass ujian bacaan al-Quran dan Fardhu Ain), Farhu Ain atau Kelas Quran (jika perlu). Ohye, exam baca quran dan fardhu ain pun ada, ujian fadhu ain, korang perlu jawab soalan dalam paper, manakala ujian bacaan, korang perlu baca mengikut arahan instructor, dan hafal surah seberapa banyak yang boleh. itulah intro untuk yang baru datang ke CFSIIUM.
Mahallah (Kolej tempat tinggal students di PJ)
Lelaki:
Mahallah Abu Bakar (ABC) bentuk P dari google earth
Mahallah Umar Khattab (UKC) depan padang, bentuk F dari google earth
Fatimah Zahra (FZ) dekat dengan pondok guard dan main enterance
Perempuan:
Aisyah College (AC) atas bukit dengan bentuk J/C dari google earth
Zainab Jahsyi (ZC) putih dan besar depan ABC
Khadijah (KC) mahallah merah dan tinggi depan padang
Makan
antara kafe yang sedap adalah kafe E yang terletak berdekatan dengan SMAWP2. dan waktu sebelum Nilai gabung dengan PJ, kafe A jugak adalah pilihan aku, UKC bole tahan sama dengan ABC. Aisyah dulu waktu kami stay situ takde kafe, now kafe A dok situ, KC kafe kecik sikit. FZ takde kafe. makan pandai-pandai la pilih, seimbang ke macam mana ke.
Pengurusan Waktu:
da tade siapa yang akan halang korang atau suruh-suruh korang, pandai-pandailah nak hidup, makan, mandi, tidur, kelas, semua korang urus sendiri. Kelas mengikut jadual dan tempat, tapi jadual tu akan tak tentu setiap sem, bukan macam sekolah, dan korang perlu tau jalan-jalan shortcut untuk ke setiap tempat untuk kemudahan diri.
Exam:
sebelum hari exam, korang perlu print exam slip yang akan di send ke portal setiap students sebelum minggu exam. dalam dewan jangan lupa matikan phone, bawak pensil, exam slip, matric card. jangan bawak masuk note pulak, ada pape dalam poket letak bawah kerusi. ni nasihat bersama ahaha. sekiranya fail atau you shall not pass, students perlu repeat subject dan you must pass. untuk yang final sem, korang perlu resit, atau amek balik, duduk semula ujian tu dan lulus. kertas perperiksaan yang lepas biasanya akan dijual dan perlu ditempah kat booth, biasanya kat central spine, (memang booth kat central spine je). klw malas gaban atau terlepas, print je kat kedai buku, untuk korang faham format paper.
Pada akhir sem:
take note, ada beberapa perkara yang perlu korang selesaikan, antaranya, isi borang kelas/group sem depan secara online, serahkan kunci sebelum balik, ini boleh dibuat dengan dua cara, serah kunci kat kaunter pada waktu pejabat, atau serah kunci kat kotak pada waktu bukan waktu pejabat, perkara ni perlu inform kat pejabat mahallah masing-masing dan korang akan dapat sampul surat untuk isi kunci. lagi korang perlu isi borang bilik, jangan terlepas, korang boleh pilih ahli bilik untuk sem depan, jadi tak payah la amek banyak-banyak ye, satu bilik satu pun cukup. borang ni pulak beza, borang short sem dengan long sem, short sem ni maknanya sem yang wujud waktu cuti panjang antara dua long sem. selama 7 minggu dalam bulan november ke disember. borang pendaftaran secara manual boleh didapati di Department of Science Program (DOSP) atau Department of Arts Program (DOAP)
Outing:
korang bole kuar g pasar setiap petang pada hari selasa, jangan risau, korang keluar je kat pagar, dah ada barisan manusia ke pasar maka korang akan jumpa tempat bernama pasar tu. hari lain bermula jumaat sampai ahad, dari 9 pagi sampai 10 mlm. keluar boleh melalui main gate je dibenarkan, gate lain, gate masjid, over gate, tu sume kebenaran sendiri ahaha. ohye, gate masjid dibuka biasanya pada waktu-waktu dah dekat-dekat dengan waktu solat. boleh bawak beg tapi untuk elak masalah takyah la bawak. perempuan (atau biasanya kat UIA kita panggil sisters) sembahyang kat mahallah je, sisters klw ada events kat masjid boleh la pergi, Ustaz Don ke datang, biasanya boleh je pegi.
Attires/ pemakaian:
nak gi mana-mana waktu siang kat dalam CFS sebaiknya pakai dress code. Sandal, dan baju berkolar tu paling lekeh dan selamat klw dah malas tahap gaban. (gaban adalah cerita kartun time kecik-kecik yang melampau amat melampau kemelampauannya). ahaha ini untuk mengelakkan di saman. jangan risau, setiap saman sama harga, tak perlu fikir-fikir, RM50, dan in case kene saman, jumpa principal mahallah masing-masing, ceritakan masalah kenapa kene saman dan mintak kurang saman. bayaran saman boleh dibuat di Finance.
Pointers dan Change of Course:
pointer diberi dengan teknik pengiraan yang dorang akan kirakan, nak naik pointer susah, jadi first sem target tinggi, dan sekiranya berminat tukar course, pegi department dan amek borang, ikut procedure yang berkenaan, ini akan melibatkan pengurusan antara department. perlu amek tau jugak pointer untuk course korang untuk kuliyyah nanti kat main campus. tape belajar sikit-sikit pasal UIA.
Joining club:
korang bole join club dan society yang ada kat CFS. dorang akan bukak booth kat area Central Spine. Antara yang aktif, Persatuan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM), siapa-siapa yang join Perkim jaga la Perkim elok-elok. pergi tempat orang jaga diri. emm banyak lagi, Martial Arts pun ada. jangan risau, dorang akan mula dari asas. antara yang ada, gayong, cekak, tae kwan do, judo, capoeira etc.
Electric:
Barang electric perlu daftar, mintak borang dari pejabat mahallah (mahallah office) dan ikut procedure yang diberi. biasanya satu barang RM10/5 camtu, dan diberikan pelekat untuk dilekatkan kat charger.
inilah sedikit pengetahuan untuk hidup di CFSIIUM.
tembikai merah ( ^-^)~
No comments:
Post a Comment
Comments