Wednesday, 14 May 2014

kamu masih ada taste bud?

          Syukur aku masih diberi nyawa dan peluang untuk menulis, sungguh dugaan Allah, pasti ada hikmahnya, maka hari ini aku tulis tentang perkara ini, dan aku bukanlah lelaki yang baik, tapi perkara yang berlaku disekeliling aku sering memberi aku peringatan, membuat aku terfikir bahawa Allah tak memberi dugaan kepada hambanya untuk memberati hamba itu, tetapi demi menyelamatkan hamba itu dari bahaya yang mereka tidak sedari, maka apakah perkara yang terjadi sehingga aku tergerak menulis hari ini?

          suatu malam, aku mandi lewat pukul 12, aku takut dan adrenaline mengalir deras, lalu aku langkah kan kaki ke bilik mandi, but i step back, hait, wacha-wacha, me entomophobia, cuak gile ada semut terbang, but naluri kebapaan aku yang kesian dengan semut ni taknak dia lemas masa aku mandi nanti, so sebab takut nak pegang aku pun siram dengan air untuk takutkan dia, lama, melilau-lilau dia jalan, ingat ni jalan-jalan cari makan ke? dan kadang-kadang dia nak pegi ke arah longkang tu, tempat air disalurkan keluar, dont go there wahai semut terbang, nanti kamu lemas, aku siram-siram dia, lalu aku terfikir, keadaan ni sama macam dugaan, Allah bagi kita dugaan supaya kita lari dari dugaan, atau dengan lebih tepat, jauh dari bahaya yang kita rasa mungkin tempat tu selesa, dan akhirnya sang semut terbang bergerak ke tepi dinding di pintu bilik air, puih lama jugak nak alihkan semut terbang ni,

          namun naluri keibuan aku masih tak gembira dengan keadaan semut terbang ini, lalu aku ambil kunci yang aku letakkan di tempat sabun tadi, aku capai, untuk aku gunakan dalam usaha mengalihkan semut terbang ini, namun usaha aku tampak sia-sia, sang semut sentiasa melarikan diri, naluri kemanusiaan aku menahan aku dari berkasar dengan semut comel ni, comel tapi takut, kan aku entomophobia, dan semut ini tetap melarikan diri setiap kali aku cuba meletakkan dia di permukaan kunci, aku ingin mengalihkan dia keluar, tapi dia seperti takut, dan sekali lagi, bagai pinang dibelah dua, aku nampak bahawa kita takut dengan sesuatu yang baru, kita takut dengan perubahan, bahkan aku ingin menyelamatkan semut itu, tapi mungkin semut itu tak biasa dengan kunci, maka bayangan diriku aku lihat dalam situasi yang sama, aku takut, dan apa yang menakutkan kita adalah perkara yang kita tidak tahu dan tidak pasti, sedangkan sesudah kita tahu, kita tak lagi ditakutkan dengan apa yang kita tidak tahu, yelah kan dah tau,

          sesungguhnya dunia ini penuh dengan pengajaran jika kita orang yang berfikir, ada yang hanya suka bertindak, dan mereka tidak berfikir, ada yang suka berfikir, dan mereka tidak bertindak, dan yang berfikir tanpa tindakan itu lebih baik dari mereka yang bertindak tanpa berfikir namun, sekiranya orang yang berfikir itu bertindak, itu jauh lebih menguntungkan kerana mereka tahu tindakan mereka, apakah baik atau buruk, kerana orang yang baik itu, suka memberi kebaikan dan sekiranya mereka tidak mampu, tidak pula menyusahkan atau mengeruhkan keadaan, dan aku hanyalah seorang penakut, sesungguhnya, pada aku, adalah lebih baik untuk seorang yang belajar agama, mengajar agama dan menyintai agama, mereka tidak terlibat di dalam politik, bukan bererti mereka tidak sesuai menjadi pemimpin, tetapi mereka tidak terlibat di dalam politik, kerana boleh jadi mereka akan menjual agama, mungkin mereka akan menjadi pemimpin yang sesat lagi menyesatkan,

          bahkan dunia kini melihat kepada sijil yang kita pegang, belajar Islam sampai PhD, Master, but itu tak menjanjikan mereka orang yang ahli, bahkan ada yang mempersendakan ulama besar dahulu, apakah mereka fikir ulama dahulu digelar ulama kerana PhD? mereka digelar ulama oleh ulama dan orang-orang yang menyintai ilmu, kerana mereka layak, dan mereka juga manusia yang tidak sempurna, ada terlepas pandang tetapi perkara itu sangat jarang kerana mereka sangat berhati-hati, mereka berkata sesudah berfikir dengan banyak, sehingga perkara itu mereka benar-benar perlu luahkan, dan orang kini, sesedap rasa, "anak suka ibu percaya", dia je, cakap macam orang tak pernah belajar kesusasteraan melayu je masa sekolah dulu, atau mungkin sebab dia Phd, dia tak mampu memahami bahasa kesenian melalui jiwa, mungkin orang begini orang yang nerd masa belajar agama dulu, belajar, hafal, pass exam, tak paham mende, ngaji tinggi-tinggi, klw bawak pandangan baru, bole terima ag, ini dok havoc mcm dia power gila, lagi power dari ulama dulu, eheh, yang ko belaja dapat PhD tu bukan dari ulama dulu ke ehe,

          akhir kata, maaf mulut tembak laser, tapi sape jelah nak baca, maka laser tembak tak kene, baik diam saje, tapi mana tau ada yang baca semoga tak buat benda yang sama, penulis hanyalah seorang lelaki yang "kaki bangku", bukan ahli dalam agama, bukan ahli dalam sastera atau penulisan, "cempedak diluar pagar klw salah tolong, tolong-tolonglah tolong", klw kamu orang yang tertelan cili padi, klw ada yang terasa baguslah, "kamu masih ada taste bud",

No comments:

Post a Comment

Comments