Wednesday, 5 February 2014

Sympathy versus Empathy

reminder: this article doesnt explain empathy nor sympathy, but an opinion of writer which could be explain by this terms, in the event occur in his life, and wish the reader to see something that could be take as mind blower, and neither his action nor good deeds

aku merupakan pelajar baru di sebuah universiti di Malaysia, dan aku tahu dan faham bahawa undang-undang dan peraturan di universiti ini melarang memberi makan kepada haiwan, dan aku sedar akan kesan dari tindakan memberi makan kepada haiwan yang mana, seperti manusia, haiwan merupakan hidupan yang hidup dengan makan dan menghasilkan sisa buangan sebagai salah satu proses perkumuhan, namun aku bukanlah pelajar biologi untuk menceritakan dengan terperinci mengenai fungsi tubuh,

hari ini dalam sejarah, aku mula diberi kefahaman dalam beberapa perkara,

sukarnya jihad

hari ini kelas pagi batal, dan kelas aku bermula dari selepas zohor, waktu telah melepasi pukul satu dan badan aku terasa berat, aku baru bangun dari tidur, dan diri terasa malas untuk ke kelas, kali ini aku faham bertapa beratnya jihad dan bertapa perlunya pengorbanan, syukur Allah memberi kekuatan, aku bangun dan mandi untuk menyegarkan diri, lalu segera bersiap untuk ke masjid sebelum ke kelas yang terletak tidak jauh dari masjid, aku belajar bahawa belajar itu sememangnya jihad buat diriku,

bukti teori

aku terus menuju ke kuliah sesudah selesai zohor, namun pada hari ini, aku belajar lagi sesuatu yang baru, guru Islamic World View aku menceritakan sebuah cerita, ketika kini, aku mencari bukti kepada teori aku, sememangnya benarlah teori di mindaku bahawa sesungguhnya title Ustaz dan Ustazah terkadang tidak menggambarkan status sebenar seseorang, dalam ihya ulumuddin, Imam Ghazali menyebut sebuah hadis yang kini popular dalam kalangan penceramah, "jika Allah ingin memberikan kebaikan kepada seseorang, maka diberikan kepadanya kefahaman dalam agama", kalimah ini sering aku dengar dan seperti mereka memahami maknanya yang mana mereka faham akan agama, namun mereka meninggalkan sambungan ayat itu "dan di ilhami petunjuk", sungguh mereka faham akan ayat itu lalu meninggalkannya,

inilah yang menjadikan aku berfikir, mengapa mereka mengambil sebahagian yang menunjukkan kefahaman dalam agama dan meninggalkan diilhami petunjuk, adakah mereka cuma perlu faham akan agama, dan tidak perlu diilhami petunjuk? maka adakah kerana itu ramai Ustazah dan Ustaz yang hanya puppet di hadapan umum, puppet di dalam ceramah tetapi tidak memasukkan jiwa agama ke dalam diri mereka? adakah mereka hanya dikawal oleh ilmu agama, dan tidak merasai, meresapi ilmu itu? menjadikan ilmu untuk pekerjaan atau mereka benar ikhlas untuk mendalami agama kerana Allah? sungguh aku melihat ramai ustazah merupakan ustazah dalam kelas namun sebaliknya di luar kelas, cuma ustazah di mata umum tetapi sebaliknya di balik tabir?

guruku menceritakan, bahawa dia bukanlah sejak awal mendalami ilmu agama, pada mulanya dia adalah pelajar bisnes dan bekerja di bank and something like that, its not my point, then dia mula berhenti kerja selama 7 tahun dan kemudian belajar sepenuh masa dalam usuluddin pada umur 40 tahun dan kemudian menyiapkan PhD, dan menceritakan kisahnya mengambil keputusan ini yang turning over his whole life, sememangnya bukan mudah, dan dia faham akan kehidupan orang biasa, semoga Allah merahmati guruku

dia menceritakan bahawa title is not an indicator in showing the status of iman, katanya pernah ketika azan berkumandang dia mengajak kawannya yang merupakan PhD dalam ilmu hadis untuk ke masjid, lalu kawannya menolak dan ingin bersolat dirumah, dan beberapa kisah lagi, dan aku terima kisahnya kerana aku turut memerhatikan keadaan ini dalam kalangan guru-guru agama dan pelajar-pelajar yang mendapat pendidikan agama yang tinggi, kata guruku, "ilmu untuk diamalkan", dan "baca buku kat library, kalau tak sape lagi nak baca,"

sympathy versus empathy

and yes, this is my main point, selepas pulang dari kelas aku menuju ke cafe, lalu terlihat seekor kucing, aku berkongsi sedikit dari apa yang ada untuknya, lalu sesudah selesai makan aku lepak, tenangkan diri, melepaskan penat, lalu kucing itu berlalu, maybe i could name her as "The Scavenger", dia mencari makan, memakan sisa-sisa makanan yang manusia tidak habiskan, lalu aku melihat dia bersusah payah menggigit ayam's rib, lalu aku mendapat idea, apakah yang sedang berlaku kepada sahabat muslim di sana, disinilah mengapa tajuk artikel ini "Sympathy versus Empathy",

kita muslim, terlalu banyak simpati terhadap sahabat kita di luar sana, sehingga terlupakan empati dan tidak bertindak, kita muslim, terlalu banyak like status facebook, komen, "kesian", etc, but saya selaku penulis ingin menyebarkan kepada seluruh muslim, bahawa saya sedang mengambil risiko dalam menulis, risiko sebagai seorang pencetus huru-hara (gamaknya), kerana saya berharap penulisan saya membangunkan muslim di seluruh Malaysia khasnya, untuk bukan sahaja simpati, tetapi, empati, as long as it take

selepas makan saya berasa sungguh kasihan terhadap kucing tu, yes i know she still hungry, but do my feeling of sympathy toward her helping her? sure NO, so what it take to help her? i just need RM1 and buy her something, easy right? yeah but only the sound, it sound easy but, for me to do that, is nearly impossible, syukur Allah membantu, meringankan bahu saya untuk bangun, bukan menceritakan kebaikan yang saya buat, tapi inilah usaha saya untuk membuka minda kamu, pembaca muslim, bertapa untuk mengambil jalan itu adalah sukar, semoga Allah menguatkan semula kita, Puak Muslimin, untuk kembali ke jalan jihad,

sungguh saya kini merasai bertapa sukarnya jalan jihad, sekalipun memberi makan kepada seekor kucing sesudah saya selesai makan, ce try pasni, bila dah abes makan, beli semula makanan untuk seekor haiwan ciptaan Allah ketika berpeluang, bukan semudah apa yang mampu saya fikirkan, begitulah kita dalam membantu sahabat yang tertindas di luar sana, sesungguhnya saya mampu memberi makan kepada kucing tu, mengapa tidak saya memberikan dia makan? sungguh saya mengagumi sahabat-sahabat kita yang sedang berjihad memberikan bantuan kepada mereka di luar sana, semoga Allah menjadikan hati-hati kalian ikhlas dan memperolah kebaikan di dunia dan di akhirat, kalian mampu buat, dan kalian mengambil jalan itu,

Islam takkan tertegak tanpa jihad

yes, satu ayat yang amat bermakna, semoga Allah membantu saya dalam berjihad terhadap diri saya, sungguh istiqamah itu merupakan suatu jihad, semoga Allah memberi saya peluang dan ruang serta kekuatan untuk istiqamah, saya ingin menjadi penulis dan ingin membentangkan paper saya kepada seluruh dunia, although it take a year to complete my paper and research, semoga Allah meringankan bahu saya untuk mencapai cita-cita saya, menjadi teacher, engineer and writer and researcher, semoga Allah membantu, kerana saya bercita-cita untuk menjadi "mind sculptor"

No comments:

Post a Comment

Comments