SOLAT JAMA'
Muqaddimah:
Solat adalah ibadah yang penting kepada setiap muslim, wajib dilaksanakan mengikut waktu dan cara yang ditentukan, namun begitu Allah yang Maha Pengasih memberi rukhsah kepada hambanya apabila mereka bermusafir, Solat Jamak adalah solat fardhu yang dikumpulkan dalam satu waktu sebagai rukhsah (kelonggaran/keringanan) ke atas umat Islam yang berada dalam musafir dan beberapa keadaan lain.
Solat Jamak dibolehkan atas beberapa perkara:
-Solat Jamak di Arafah dan Muzdalifah (kebiasaannya pada waktu Haji, pada hakikatnya dalam Musafir)
-Solat Jamak dalam perjalanan (Musafir)
-Solat Jamak kerana hujan (Hujan Lebat)
-Solat Jamak kerana uzur (Sakit atau sukar melakukan tanpa Jamak atau Keperluan Mendesak)
namun dalam artikel kali ini, penulis ingin memfokuskan untuk Solat Jamak dalam perjalanan (Musafir)
Takrif:
Bahasa: Jamak berasal dari Bahasa Arab yang membawa maksud himpun, atau kumpul
Istilah Syara': menghimpunkan dua waktu Solat Fardhu dengan melakukannya dalam satu waktu mengikut cara dan syarat yang betul, hal ini timbul dalam empat perkara: yang akan diterangkan dalam Rukhsah Solat
Dalil Pensyariatan:
terjemahan: daripada Anas, katanya, Rasulullah sekiranya hendak menghimpunkan solat ketika hendak bermusafir, baginda melewatkan solat zohor sehingga ke awal waktu asar, kemudian Rasulullah menghimpunkan kedua-duanya. (Riwayat Muslim) dipetik dari (Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 2)
Jamak Taqdim: ...
Jamak Ta'khir: ...
Hukum dan Syarat Solat Jamak dalam perjalanan:
Hukumnya adalah Sunnah melakukan Solat Jamak di Arafah dan Muzdalifah bagi orang yang sedang melakukan Haji, dan merupakan Harus jika dalam perjalanan lain (Musafir).
Syarat Umum:
-Jarak: jarak perjalanan melebihi dua marhalah, pelbagai sumber saya bandingkan, kebanyakan sumber menulis (80-100 km) maka saya tak meletakkan nilai tepat dalam artikel ini
-Destinasi: mempunyai tujuan, atau hala tuju, atau destinasi terancang, tidak boleh jamak dan qasar sekiranya bermusafir tanpa hala tuju, begitu juga dengan seseorang yang keluar bersama ketuanya tanpa mengetahui destinasi, ingat, kena tahu destinasi, dan pasti bahawa jarak dari mukim melebihi dua marhalah, dan ketua, maklumkan kepada anak buah, destinasi, dan yakinkan mereka sekiranya perjalanan melebihi dua marhalah, jika mereka tidak mengetahui tujuan perjalanan atau destinasi, maka mereka perlu yakin bahawa perjalanan telah melebihi dua marhalah, maka memenuhi syarat kedua,
-Tujuan: tujuan perjalanan perlulah tujuan yang dibenarkan syariah, atau dengan kata lain, bukan untuk tujuan dosa, kerana jamak merupakan rukhsah, dan tidak termasuk dalam urusan dosa
Syarat Jamak Taqdim:
Jamak Taqdim bermakna menghimpunkan dua solat dalam waktu pertama (Zohor atau Maghrib)
-Tertib: yakni melakukan solat yang dalam waktunya, sebagai contoh melaksanakan Solat Zohor sebelum Asar dan Solat Maghrib sebelum Isyak. Adalah tidak sah sekiranya melakukan Solat kedua (Asar atau Isyak) sebelum Solat yang pertama (Zohor atau Maghrib) dan sekiranya berlaku yang demikian, solat kedua harus diulangi selepas melakukan solat pertama.

-Niat Jamak pada Solat Pertama: Selewat-lewatnya sebelum Salam tetapi lebih baik sewaktu Takbiratul
Ihram. Selama mana dalam solat, dan tidak boleh niat setelah memberi salam.
-Muwalat antara dua solat: yakni kedua-dua solat haruslah dilakukan berturut-turut, iaitu dengan bersegera mengerjakan solat yang kedua setelah selesai solat yang pertama, kerana yang mengikut tidak boleh dipisahkan dari yang diikut, jika sekiranya kedua-duanya dipisahkan kerana uzur (lupa atau pengsan) maka terputus jamak, harus dita'khirkan yang kedua kepada waktunya kerana luput syarat jamak, iqamat, tayamum, atau wuduk adalah "tidak" memisahkan antara keduanya,
-kekal perjalanan: berada dalam perjalanan pada solat yang kedua, sekiranya menjadi mukim sebelum solat kedua, maka wajib dita'khirkan kepada waktunya, dan solat pertama itu sah kerana berada dalam waktunya, dan sekiranya setelah selesai solat kedua kemudian menjadi mukim, maka sah solat kedua dan tak perlu mengulanginya,
Syarat Jamak Ta'khir:
Jamak Ta'khir bermakna manghimpunkan dua solat dalam waktu kedua (Asar atau Isyak)
-Berniat Jamak dalam waktu: iaitu dengan berniat untuk melakukan Jamak Ta'khir ketika waktu pertama (Zohor atau Maghrib) dengan cara "semasa waktu Zohor, berniat untuk melakukan Solat Zohor dalam waktu Asar nanti" dan sekiranya terlupa atau tertidur sepanjang waktu Zohor, maka Solat Asar itu haruslah dilakukan sempurna tanpa Jamak mahupun Qasar.

-kekal perjalanan: masih berada dalam perjalanan semasa melakukan kedua-dua solat ini, dan sekiranya telah bermukim maka solat kedua harus dilakukan sempurna dan solat pertama harus diganti. dan sekiranya sampai setelah selesai kedua-duanya maka kekal sah solat Jamak Ta'khir itu.
-Tidak disyaratkan untuk tertib di antara kedua-dua solat ini tapi sekiranya melakukannya secara tertib, maka dikira sebagai sunat.
Rukhsah Solat: (Solat Jamak)
Solat Jamak terbahagi kepada dua bahagian iaitu "Jamak Taqdim" dan "Jamak Ta'khir" yang kemudiannya di pecahkan kepada empat perkara, antaranya:
-Menghimpunkan Solat Fardhu Isyak ke dalam waktu Maghrib (Jamak Taqdim)
-Menghimpunkan Solat Fardhu Maghrib ke dalam waktu Isyak (Jamak Ta'khir)
-Menghimpunkan Solat Fardhu Asar ke dalam waktu Zohor (Jamak Taqdim)
-Menghimpunkan Solat Fardhu Zohor ke dalam waktu Asar (Jamak Ta'khir)
dan Solat Fardhu Subuh tidak ada Jamak atau Qasar ke atasnya,
Hikmah Pensyariatan Solat Qasar:
-Memberi keringanan kepada umat Islam untuk melakukan Solat Fardhu ketika dalam perjalanan
-Tanda kasih sayang Allah kepada umat Rasulullah
-Supaya umat Islam sedar kepentingan Solat yang wajib sekalipun ketika bermusafir
-Menggalakkan umat Islam bermusafir dan berjalan di muka bumi Allah, untuk melihat kebesaran yang diciptakan untuk mereka yang berfikir (Ulul Al-Bab)
-Bersyukur di atas nikmat dan kurniaan Allah
Rujukan:
-Rohidzir Rais, Fuad Ismail, Mohd. Wahid Abd. Hanif.April 2011.Ensiklopedia Solat.Telaga Biru Sdn. Bhd
-Dr. Muhamad Zuhaili, Ahmad Suhaimi Karim.2013.Ensiklopedia Solat Mazhab Syafie.Jasmin Publications
-Mohd Nazmi desa,Mohd Sukki Othman, Rijaluddin Yahya.Cetakan ketiga 2005.Buku Teks Pendidikan Islam Tingkatan 2. Dawama Sdn. Bhd.
Kesimpulan:
memandangkan masyarakat Islam sekarang berada dalam era kemajuan, perkara-perkara ini amat mengelirukan, tapi ada beberapa perkara yang perlu kita faham tentang Solat Jamak:
terikat dengan jarak
apa yang saya cuba maksudkan dengan terikat dengan jarak? terikat dengan jarak bermakna hanya terikat dengan jarak, syarat solat jamak tidak termasuk cara, masa perjalanan (duration), atau kelajuan (speed), tetapi, bergantung kepada jarak (distance), distance mean mana-mana jalan yang kita lalu, dan bukan jarak secara grid.
tahu jarak
tahu jarak? bukan bererti kita tahu jarak yang tepat dari mukim ke destinasi, tapi kita yakin bahawa jarak adalah jauh, melebihi dua marhalah, walaupun ramai ulama berbeza pendapat, tapi perbezaan pendapat ini kita perlu rai, kerana ulama terdahulu tidak berfatwa dengan nafsu, bukan kerana malas nak solat, tapi mereka ada sandaran, nas-nas yang mereka berpegang kepadanya, maka sekurang-kurang kurangnya kita tahu yang jaraknya lebih dua marhalah, tapi tetap perlu ada destinasi dan niat yang baik
manusia tak lari dari melakukan kesilapan, penulis tidak bersanad, any mistake please kindly informed any question or suggestion is kindly appointed, and please help me with my english, muet band 2 :)

No comments:
Post a Comment
Comments