kenapa setiap kali dah lama tak tulis blog mesti orang tulis macam ni,
"fuh fuh, tiup jap, dah berabuk blog ni" ahaha, blog berabuk? virus ada lah
apa pun, pada pandangan aku, Syiah itu masih Islam "selama mana mereka tak menolak keyakinan (beriman) terhadap Allah, dan tak menolak bahawa Muhammad Hamba dan Rasulullah, yang adalah merupakan penutup nabi-nabi, tak ada sesiapa lagi dari lelaki mahupun wanita yang akan diangkat sebagai Rasul mahupun nabi selepas Muhammad Rasulullah, bahkan tak ada dalam kalangan manusia atau jin, atau apa-apa dari ciptaan Allah, yang layak menjadi Rasul pilihan Allah sehebat Rasulullah", sekiranya mereka ingkar, mereka bukan dari kalangan Islam, kerana,
"Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku bersaksi Muhammad itu Rasulullah,"
inilah kalimah yang menjadi perjanjian, ikatan, penyerahan, semua manusia dan jin yang memeluk Islam dihadapan baginda, dan kalimah inilah yang kemudiannya menjadi simbol penyerahan semua manusia dan jin yang memeluk Islam, yang meredhai Islam sebagai agama, pegangan, jalan hidup mereka, mana mungkin mereka dianggap Islam sekiranya mereka tidak redha bahawa Muhammad Rasulullah, penutup nabi-nabi, penghulu nabi-nabi, bahkan, ketahuilah, bahawa ilmu sekalian Sahabat itu juga diajar oleh Rasulullah, sesungguhnya Allah berkuasa menjadikan Rasulullah pandai membaca dan menulis, tetapi, demi menjadi bukti kesucian al-quran, kalam Allah yang tidak dicipta oleh lidah manusia, yang tidak diatur oleh akal manusia, dan tidak disusun oleh penyair-penyair yang hebat berkata-kata, inilah al-Quran yang tiada keraguan padanya, Allah menjadikan Rasulullah tidak hidup dalam suasana berpendidikan dengan menulis dan membaca, tetapi Allah melatih Rasulullah dengan cara yang jauh lebih unik, malah Allah mengingatkan kita,
maksudnya: sesungguhnya kamilah yang menurunkan peringatan (al-Quran), dan sesungguhnya kamilah yang menjaganya (memeliharanya).
maka, adakah mungkin seorang Islam menolak al-Quran dan Hadis Rasulullah? sedangkan dalam khutbah terakhir, Rasulullah berpesan, bahawa kita umat Islam tidak akan sesat selama mana kita berpegang kepada al-Quran dan Sunnah Rasulullah, dan Rasulullah berpesan lagi dalam khutbah itu, bahawa tiada lagi rasul yang akan dibangkitkan selepas Rasulullah, jadi enough is enough, masih lagi ada yang mengaku dan percaya dengan mereka yang mengaku mereka rasul, sedangkan mereka hanya melakukan yang demikian untuk kesenangan dunia, tapi sewajarnya kita ketahui, bahawa ahli feqah akhirat tidak akan sesekali membawa agama baru, tetapi ada mungkin mereka membawa pandangan baru, kerana zaman dan masa itu bergerak, semoga mereka yang diberi kuasa berfatwa adalah dalam kalangan ahli feqah akhirat, yang tidak menjual agama demi kepentingan dunia mereka, kerana nanti akan tiba waktu yang dijanjikan, di mana mereka yang diberi kuasa berfatwa dengan nafsu, dengan kerana kepentingan mereka, supaya mereka tidak kehilangan jawatan, supaya mereka mendapat kepercayaan oleh tampuk pimpinan, semoga zaman itu kedatangannya dilambatkan,
Islam melarang kita menyakiti diri sendiri, kau meratapi kematian yang syahid dengan menyakitkan diri sendiri? jika sekiranya dia mampu berkata-kata kepada kalian, adakah kalian menyangka bahawa yang syahid itu akan tersenyum dengan perbuatan kalian, sesungguhnya dia amat menyayangi seluruh umat, sanggup syahid demi kebenaran, apakah kalian sanggup menyia-nyiakan kematian mereka dengan menyakiti diri sendiri? janganlah mencampakkan dirimu ke dalam kebinasaan, kuatkan hati, teguhkan diri, janganlah kalian menyakiti diri sendiri, dan aku hanya menyatakan perkataan dari dalam hati, hatiku yang mati, dan Islam tidak mengajar untuk membunuh sesama sendiri, bahkan Allah melarang dan menurunkan ilmu dalam menangani masalah ini, hudud adalah hukum Allah, yang membunuh (yang aku tak tahu bagaimana maksudnya) harus dibalas bunuh, atau sekiranya dimaafkan oleh keluarga terbunuh, harus membayar maharnya sebanyak mahar yang ditetapkan Allah, bahkan kita dilarang membunuh kafir zimmi, dan beberapa golongan kafir lagi, dan kafir yang layak diperangi (kafir harbi) barulah layak kita membunuhnya, inilah keadilan Allah, jika kamu mengetahui
dan kafir zimmi itu diberi kedudukan dan perlindungan hampir setaraf dengan Muslim (aku takut untuk menyatakan setaraf kerana aku bukan ahli dalam ilmu), tetapi mereka (zimmi) tetap dilarang dengan apa yang dilarang, jadi apakah yang engkau (zimmi) takutkan tentang hudud dan kisas? lihatlah Islam tentang apa yang diajar, bukan apa yang kebanyakan Muslim terapkan, maka engkau akan lihat kebaikan, apakah sama orang yang melihat dan orang yang tiada melihat? wahai zimmi, ketahuilah, bahawa Islam itu indah bukan pada namanya, bukan dalam sejarahnya, tetapi kerana Islam itu adalah jalan hidup kami, Islam itu agama kami, mereka yang teruk bukan kerana Islam itu flaw, tetapi kerana mereka belum lagi mengetahui hakikat sebenar, dan dalam kalangan mereka, ada yang menjual agama ini, mereka menggunakan agama ini demi kepentingan diri, maka banyaklah yang melihat seolah-olah Islam itu bersama keburukan, kembalikan pandangan kamu kepada Islam itu sendiri, bukan kepada kebanyakan dari kami, semoga kalian sudi
akhir kata, sedikit kata-kata hikmah yang JANGAN dijadikan pedoman,
nak DAPAT lelaki yang soleh kene la JADI wanita yang solehah,
nak JADI lelaki yang soleh kene lah DAPAT wanita yang solehah,
ahaha, sekadar hiburan
semoga tulisan ini membantu seluruh pembacanya, maaf sekiranya saya tersalah, kerana saya lemah dan tidak mengetahui melainkan dengan kebenaran Allah, tegurlah demi kebenaran, kerana kebaikan
"kegagalan itu tangga kejayaan"
Tembikai Merah
kami menunggumu mahdi, lelaki yang menjadi pemimpin yang adil tanpa mengetahui engkaulah lelaki yang dijanjikan akan memimpin kami, dan yang menyatukan kami dibawah satu panji, dan pendakwah dalam satu jemaah,
wahai Allah, tunjukilah aku dengan petunjukmu
No comments:
Post a Comment
Comments