Sunday, 18 January 2015

perasaan takut

aku menaiki kenderaan ke masjid untuk persiapan solat isyak, abah memandu, sewaktu keluar dari tempat letak kenderaan, aku terlihat seekor kucing, dan beberapa ekor kucing sebenarnya, yang sangat comel, kira comellah, tapi ada sangat, dan aku tertarik dengan kecomelannya, tanpa nafsu, lalu aku terfikir, kalau lah kiranya kucing nih ada kat tayar belakang kereta sewaktu kami mengundur, adakah dia akan lari? ye dia akan lari kerana takut, kerana kereta besar gedabak, mestilah dia cuak,

aku terus melayan fikiranku, maka sekiranya dia takut, dia akan selamat, jika dia tidak diberikan Allah akan sifat takut, maka padahlah nasibnya, dan aku pun terus berfikir, dan siapakah yang mengurniakan sifat takut dalam diri seekor kucing yang sekecil ini, dan secomel ini? pastinya Allah, dan maha pemurah dan pengasihnya Allah, memberi sifat takut ke dalam hati makhluk-makhluknya, dan sekiranya makhluk itu, tidak diberikan ketakutan, terdedahlah mereka kepada bahaya, lalu aku terus melayari fikiran aku, jauh kelaut sana, aku terfikir, yang sekiranya kucing ini tiada perasaan takut kepada manusia, tidaklah menjadi masalah kepada dirinya, tetapi sekiranya manusia itu, merupakan makhluk yang dilaknat, yang membenci kucing, atau yang suka menyiksa kucing, maka bencana lah pada diri kucing itu, kerana tiada takut, maka kucing ini disiksa, dipijak, dicampak atau segala macam cara yang menyiksakan dirinya, bencanalah buat dirinya kerena tiada perasaan takut.

syukur Allah kurniakan ketakutan sebagai fitrah kepada kebanyakan makhluk, ketakutan ini suatu rahmat, supaya manusia itu ada perasaan waspada, bersedia dan berfikir dalam setiap perbuatan, bagaimanalah dunia sekiranya makhluk tidak dikurniakan dengan perasaan takut, bagaimanalah,

No comments:

Post a Comment

Comments