kita kini di akhir zaman
laungan kemenangan belum kedengaran
hanya tangisan di setiap sempadan
jalan mereka duri berhalangan
tidur mereka beralas ketakutan
siang mereka tiada kelekaan
mereka tetap di baris hadapan
samada kemenangan atau kematian
maruah agama mereka utamakan
mereka syahid bersiram senyuman
syurga Allah menjadi tujuan
mereka mahukan sebuah kedamaian
jauh dari perperangan pembunuhan
fajar pagi bersinari keamanan
lena malam disirami ketenangan
tiada lagi sumber kekuatan
penungguan itu suatu penyiksaan
hanya apalah mampu dilakukan
tinggal harapan membantu keteguhan
dan aku masih hingusan
masih mendaki puncak keislahan
sedikit ilmu sedikit amalan
masih membina sifat keimanan
disini aku tetap tanamkan
cita-cita, hasrat dan impian
dengan usaha bukan perjuangan
tiada berkorban, tiada keberanian
moga Islam kembali gemilang
muncul semula pahlawan terbilang
bersama dakwah bersuara lantang
bersama kekuatan tiada terhalang
membawa kebenaran, setiap sempadan
membawa keamanan kerana Tuhan
memenuhi impian sempurna harapan
bumi palestin kembali aman
dan aku masih hingusan
masih mendaki puncak keislahan
sedikit ilmu sedikit amalan
masih membina sifat keimanan
disini aku tetap tanamkan
cita-cita, hasrat dan impian
dengan usaha bukan perjuangan
tiada berkorban, tiada keberanian
moga Islam kembali gemilang
muncul semula pahlawan terbilang
bersama dakwah bersuara lantang
bersama kekuatan tiada terhalang
membawa kebenaran, setiap sempadan
membawa keamanan kerana Tuhan
memenuhi impian sempurna harapan
bumi palestin kembali aman
No comments:
Post a Comment
Comments